Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 Jun 2014


Harga emas semalam terus jatuh daripada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu apabila pelabur mengeluarkan wang daripada dana logam utama itu sambil pasaran terus gusar menunggu hasil mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) minggu ini.

Kejatuhan harga logam itu berlaku walaupun kebanyakan pasaran saham Asia jatuh disebabkan konflik yang semakin mendalam di Iraq serta pertikaian gas antara Ukraine dan Russia menjejaskan selera pelabur terhadap aset lebih berisiko.

Spot emas jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,264.30 seauns pada 0649 GMT.

Logam itu mencatatkan paras tertinggi tiga minggu pada AS$1,284.85 kelmarin sebelum ditutup turun 0.4 peratus berikutan kegiatan pengambilan untung.

"Dalam jangka pendek, kebimbangan terhadap konflik mungkin menyokong harga emas, namun dengan impak yang terhad," kata penganalisis logam berharga Jinrui Futures di Shenzen, Chen Min.

Beliau menjangkakan harga emas akan jatuh menuju ke penghujung tahun apabila rundingan kadar keuntungan lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS), sebelum berakhir program rangsangan pembelian bon oleh fed.

Mesyuarat dasar dua hari fed bermula lewat semalam dengan kenyataan pertama dijangka dikeluarkan hari ini.

Pasaran sedang memerhati sebarang isyarat bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah.

Sentimen pelabur agak mendatar dengan pegangan SPDR Gold trust, dana tukaran emas terbesar jatuh 4.2 tan kepada 782.88 tan pada Isnin, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun.

Penurunan itu juga adalah aliran keluar terbesar sejak pertengahan April lalu.

Emas, dianggap sebagai pelindung nilai daripada keadaan politik tidak menentu serta set lebih berisiko seperti saham boleh menarik sokongan situasi di Iraq itu.

Presiden Barack Obama telah menimbang beberapa opsyen tindakan ketenteraan untuk menyokong kerajaan Iraq, manakal pegawai AS dan Iran mengadakan rundingan untuk mewujudkan kestabilan di wilayah itu yang digegarkan oleh kemaraan pemberontak sunni ke Baghdad.

Satu lagi faktor sokongan ialah Russia menghentikan penghantaran gas ke Ukraine berikutan pertikaian terhadap bil tidak berbayar yang boleh mengganggu bekalan ke seluruh eropah serta menjejaskan harapan antara kedua-dua negara jiran bekas soviet itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment