Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 Jun 2014


Harga emas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu semalam disebabkan kegawatan di Iraq menyokong permintaan terhadap logam selamat itu.

Sambil itu, logam kumpulan platinum juga meningkat menjelang keputusan rundingan gaji untuk menamatkan mogok selama lima bulan di lombong Afrika Selatan.

Spot emas meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,282.50 seauns pada 0632 GMT, selepas mencecah AS$1,283.70 dalam sesi awal, paras tertinggi sejak akhir Mei.

Militan sunni merampas sebuah bandar yang dihuni sebahagian besar etnik Turki di barat laut Iraq Ahad lalu, selepas berlaku pertempuran besar, mengukuhkan lagi cengkaman mereka di utara selepas serangan kilat yang mengancam untuk memecah-belahkan Iraq.

Emas dilihat sebagai aset yang lebih selamat pada masa-masa keadaan geopolitik yang tidak menentu.

"Emas dijangka meningkat minggu ini kerana keadaan di Iraq, masih tidak menentu," kata Howie Lee, seorang penganalisis di Phillip Futures Sdn Bhd.

"Pada paras semasa AS$1,282, emas nampaknya mempunyai banyak potensi meningkat sebelum menghampiri rintangan berat," kata Lee sambil menambah bahawa halangan segera dijangka pada AS41,292.

Data daripada Suruhanjaya Dagangan Komoditi niaga hadapan pada Jumaat lalu, menunjukkan bahawa sentimen pelabur terhadap emas bertukar positif.

Dana lindung nilai dan pengurus wang meningkatkan keyakinan mereka terhadap niaga hadapan emas untuk minggu ini hingga 10 Jun, kenaikan pertama mereka dalam tempoh lima minggu.

Peniaga-peniaga lain memberi amaran bahawa mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) minggu ini mungkin boleh membawa kepada situasi berhati-hati terhadap sebarang kenaikan dalam harga emas.

Fed akan membuat kesimpulan dasar pada mesyuarat rabu ini dengan pasaran memerhati terhadap sebarang isyarat mengenai bila bank pusat AS itu bakal menaikkan kadar faedah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment