Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 Jun 2014


Emas sedikit berubah kepada AS$1,273 seauns semalam, walaupun tercetusnya insiden keganasan di Iraq yang mana akan meningkatkan minat kepada simpanan lebih selamat.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada Khamis memberi ancaman bahawa tentera AS akan menyerang Iraq untuk bertempur dengan militan sunni yang membuat kekacauan di Baghdad dan mahu menubuhkan kerajaan sendiri di Iraq dan Syria.

Harga emas menambah hampir dua peratus setakat bulan ini selepas susut lebih tiga peratus pada Mei.

Premium bagi emas di Singapura, pusat perdagangan emas di Asia Tenggara kekal kukuh pada 80 sen kepada AS$1.20 seauns berbanding spot emas London.

"Selepas harga emas sedikit berubah, kami melihat kepada beberapa pembelian fizikal. Namun secara amnya, minggu ini agak lenggang," kata Pengarah Urusan syarikat peruncitan Goldsilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

Emas AS juga sedikit berubah kepada AS$1,273.30 seauns.

Di pasaran lain, ekuiti Asia susut dan minyak mentah berlegar hampir ke paras sembilan bulan selepas meningkatnya risiko susulan peperangan saudara Iraq.

"Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif minggu depan akan banyak dipengaruhi situasi krisis politik di Iraq," kata peniaga.

Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata jika keganasan semakin memuncak, harga emas mungkin mendapat dorongan meningkat dan melepasi paras halangan pada AS$1,278 hingga AS$1,280.

Bagaimanapun, katanya sekiranya keadaan stabil, pasaran akan mengambil isyarat daripada Bursa Komoditi.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 meningkat 18 mata, masing-masing kepada RM130.45, RM130.80 dan RM131.20.

Jumlah dagangan bertambah kepada 5,278 lot bernilai RM68.8 juta daripada 2,981 lot bernilai RM38.7 juta yang dicatatkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka berjumlah 5,343 kontrak berbanding 5,554 kontrak sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment