Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Jun 2014


Emas sedikit berubah kepada AS$1,273 seauns semalam, walaupun tercetusnya insiden keganasan di Iraq yang mana akan meningkatkan minat kepada simpanan lebih selamat.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Khamis memberi ancaman bahawa tentera AS akan menyerang Iraq untuk bertempur dengan militan sunni yang membuat kekacauan di Baghdad dan mahu menubuhkan kerajaan sendiri di Iraq dan Syria.

Harga emas menambah hampir dua peratus setakat bulan ini selepas susut lebih tiga peratus pada Mei.

Pemium bagi emas di Singapura, pusat perdagangan emas di Asia Tenggara kekal kukuh pada 80 sen kepada AS$1.20 seauns berbanding spot emas London.

"Selepas harga emas sedikit berubah, kami melihat kepada beberapa pembelian fizikal. Namun secara amnya, minggu ini agak lenggang," kata Brian Lan, pengarah urusan syarikat peruncit, Goldsilver Central Pte Ltd di Singapura.

Emas AS juga sedikit berubah kepada AS$1,273.30 seauns.

Di pasaran lain, ekuiti Asia susut dan minyak mentah berlegar hampir ke paras sembilan bulan selepas meningkatnya risiko susulan perang sivil Iraq.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam berikutan kebimbangan akan krisis politik Iraq, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata data pengangguran dan jualan runcit AS walaupun tidak mencapai jangkaan kelmarin juga merangsang kenaikan logam berharga itu.

"Minggu depan, kami menjangka emas mengalami sedikit penurunan apabila harga emas di Commodity Exchange (COMEX) menguji paras ketahanan kukuh pada paras AS$1,275 hingga AS$1,280," katanya.

Kontra Jun 2014 naik satu mata untuk ditutup kepada RM130.45 segram, Julai 2014 tidak berubah pada RM130.80 segram, Ogos 2014 meningkat dua mata kepada RM131.20 segram dan September 2014 menokok tiga mata kepada RM131.20 segram.

Kepentingan terbuka susut kepada 5,343 kotrak daripada 4,677 kontrak pada Khamis, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 556 lot bernilai RM7.35 juta daripada 348 lot bernilai RM4.54 juta sebelumnya.

Harga fizikal emas naik RM1.58 kepada RM127.44 segram daripada RM125.86 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment