Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Jun 2014


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi minggu lalu sejajar dengan pasaran emas di New York Commodity Exchange (COMEX).

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata emas bursa ditutup pada paras hampir tiga peratus lebih tinggi, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX yang bulis berikutan aktiviti belian menampung kekurangan.

Kontrak Jun 2014 dan Julai 2014 naik 64 mata setiap satu untuk ditutup masing-masing kepada RM135.55 segram dan RM135.75 segram, manakala kedua-dua Ogos 2014 dan September 2014 meningkat 67 mata setiap satu kepada RM136.05 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 6,789 kontrak daripada 6,466 kontrak pada Khamis manakala jumlah dagangan menokok kepada 425 lot bernilai RM5.72 juta daripada 148 lot bernilai RM1.96 juta sebelumnya.

Harga fizikal emas naik sebanyak RM3.03 kepada RM131.26 segram daripada RM128.23 segram.

Sementara itu, emas masih lagi dalam landasan mencatatkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh tiga bulan disebabkan ketegangan di Iraq dan nilai dolar lebih rendah selepas kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) dikeluarkan.

Fed pada Rabu mengatakan selesa dengan tinjauan inflasi di sebalik beberapa isyarat semasa peningkatan dalam tekanan harga.

Perkembangan itu menghapuskan sama sekali jangkaan yang Bank Pusat  Amerika Syarikat itu akan mula meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment