Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Oktober 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mencatat aliran lebih rendah pada minggu ini berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya akhir tahun ini.

“Persepsi ketara jelas memberi sokongan terhadap mata wang dolar AS dan mengukuhkan lagi emas. 

“Ini menjadikan emas dalam nilai dolar AS jauh lebih mahal bagi mereka yang memiliki pegangan logam berharga itu dalam mata wang lain,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chang Hui Yung. 

Bagaimanapun, peniaga lain berkata pasaran emas akan turut dipengaruhi oleh aliran pergerakan ringgit, minggu ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak hadapan emas didagangkan lebih tinggi berikutan penyusutan nilai ringgit dan menjadikan emas lebih murah untuk pelabur.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Oktober 2016 menokok 34 mata kepada RM171.10 segram, November 2016 naik 29 mata kepada RM171.25 segram, Disember 2016 menokok 2016 menokok 27 mata kepada RM171.50 satu gram manakala Januari 2017 meningkat 21 mata kepada RM171.35 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 31 lot bernilai RM533,335 berbanding 45 lot bernilai RM767,09 , pada minggu lalu.

Kepentingan terbuka naik kepada 271 kontrak daripada 270 kontrak, sebelum ini.

Sementara itu, emas jatuh sedikit pada Jumaat berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), tetapi berada pada landasan kukuh untuk mencatatkan peningkatan mingguan pertamanya dalam tempoh empat minggu berikutan belian fizikal kukuh dari China.

Kontrak semasa emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,263.36 seaun pada 0656 GMT.

Kontrak hadapan emas Amerika Syarikat (AS) jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,264.40.

“Emas disokong kukuh pada paras AS$1,250 dan setiap orang menunggu pilihan raya dan harga bergerak sejajar dengan dolar AS,” kata Ketua Perdagangan Komoditi Standard Bank yang berpangkalan di Tokyo, Yuichi Ikemizu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment