Showing posts with label Yuichi Ikemizu. Show all posts
Showing posts with label Yuichi Ikemizu. Show all posts
Berita Emas - 26 Febuari 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2014,
Berita Emas Febuari,
Ole Hansen,
Pengurus Kanan Saxo Bank,
Rizab Persekutuan AS,
Standard Bank,
Yuichi Ikemizu
Harga emas meningkat kepada paras tertingginya dalam tempoh empat bulan semalam berikutan kebimbangan pelabur terhadap pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) kerana perangkaan ekonomi terbaru negara itu yang lemah.
Emas meningkat 0.22 peratus pada AS$1,343.10 seauns setakat 0700 GMT selepas mencecah AS$1,345.35 seauns, iaitu paras tertingginya sejak akhir Oktober.
Niaga emas hadapan AS bagi penghantaran April susut 0.2 peratus kepada AS$1,339.40 seauns, yang sebelum ini mencecah paras tertinggi empat bulan AS$1,345.60.
"Pada masa ini pasaran bertindak terhadap perangkaan lemah China dan AS dengan jangkaan sekiranya ekonomi menjadi perlahan akan ada pengurangan rangsangan oleh Rizab Persekutuan," kata Pengurus Kanan Saxo Bank, Ole Hansen.
Harga logam berharga itu kekal di bawah paras tertinggi sekitar AS$1,920 meskipun mencatatkan peningkatan baru-baru ini.
"Ramai orang menjangkakan kadar faedah AS akan meningkat dan harga emas menurun tetapi sejak permulaan tahun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Harga emas melepasi paras pergerakan purata 200 hari kira-kira seminggu lalu dan ia membuatkan pelabur rasa selesa dengan emas. Saya fikir paras selanjutnya adalah AS$1,350," kata pengurus cawangan Standard Bank di Tokyo, Yuichi Ikemizu.
Emas AS kekal pada AS$1,343.20 seauns.
Comments(0)
Berita emas - 21 Febuari 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2014,
Berita Emas Febuari,
Rizab Persekutuan AS,
Standard Bank,
Yuichi Ikemizu
Harga emas susut semalam, ditekan oleh nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh tetapi masih di landasan untuk mencatatkan keuntungan bagi minggu ketiga kerana pelabur menjangkakan beberapa pemulihan dalam ekonomi global.
Emas meningkat lebih sembilan peratus setakat ini bagi tahun ini apabila kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi meningkatkan permintaan logam selamat itu, walaupun harga masih jauh di bawah paras paling tinggi kira-kira AS$1,920 seauns yang dicatat pada 2011.
Emas tunai susut AS$3.65 seauns kepada AS$1,318.86, turun dari paras tertinggi tiga setengah bulan iaitu AS$1,332.10 yang dicatat pada Selasa lalu.
Peniaga menyaksikan banyak pembelian dalam pasarn fizikal minggu ini, tetapi ramai peniaga barang kemas mungkin menunggu pembetulan harga.
Premium untuk bar emas adalah stabil di Hong Kong dan Singapura tetapi jatuh di Tokyo kerana keuntungan dalam niaga hadapan emas Tokyo.
"Saya rasa AS$1,330 adalah paras cukup tinggi untuk seketika. Tidak banyak insentif pada masa ini kecuali pergerakan dolar.
"Saya rasa (harga) adalah sedikit tinggi bagi orang Asia untuk membeli emas kerana kita sudah di bawah AS$1,300 untuk tempoh masa yang lama dan orang membeli banyak.
"Emas AS meningkat AS$2.30 seauns kepada AS$1,31.20," kata Yuichi Ikemizu, pengurus cawangan untuk Standard Bank di Tokyo, yang menjangka emas akan didagang dalam jajaran AS$1,300 sehingga AS$1,335.
Dagangan berhati-hati selepas minit mesyuarat dasar terbaru Rizab Persekutuan menunjukkan beberapa pembuat dasar mahu meneruskan pemotongan rangsangan monetari, yang boleh menjejaskan permintaan emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
Satu tinjauan menunjukkan aktiviti pengilangan AS yang cergas memberikan kenaikan kepada pasaran saham Asia semalam dan meningkatkan nilai dolar, walaupun kebimbangan asas mengenai pertumbuhan ekonomi China boleh menyebabkan pelabur bergegas untuk membeli aset pasaran sedang membangun.
Subscribe to:
Posts (Atom)









