Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Datuk Seri RM200,000


Kuala Lumpur - Mahu menunjuk serta bermegah antara faktor ramai individu dikesan sanggup membayar ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan gelaran Datuk atau Datuk Seri palsu dari 'orang tengah' serta pihak tidak diiktiraf.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Tan Sri Michael Chong berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan gelaran Datuk dengan bayaran RM150,000 manakala gelaran Datuk Seri pada harga RM200,000.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila ada antara ahli perniagaan berbangsa Cina turut menggunakan gelaran Yang Mulia pada kad perniagaan mereka, walhal ia hanya layak digunakan oleh kerabat istana.

"Malah ada yang sanggup pergi ke Filipina dan Indonesia bagi mendapatkan gelaran itu walaupun menyedari ia tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

"Terbaru, seorang lelaki berusia 29 tahun sanggup membuat pinjaman wang dengan ceti haram (along) berjumlah RM150,000 bagi membeli gelaran Datuk daripada 'orang tengah' yang menawarkan gelaran itu," katanya ketika ditemui wartawansemalam.

Dia berkata, lelaki berasal dari Selangor itu bagaimanapun menjadi buruan along apabila gagal melangsaikan hutang berkenaan.

"Lebih melucukan apabila mangsa menawarkan gelaran itu untuk dijual kepada sesiapa saja yang berminat pada harga RM100,000.

"Apa yang berlaku ini amat memalukan apatah lagi kian ramai individu dikesan menggunakan gelaran Datuk atau Datuk Seri palsu di Malaysia.

"Ini menyebabkan status berkenaan hilang nilainya di mata masyarakat. Ibarat jika batu dibaling pasti ada Datuk yang terkena batu itu," katanya.

Dia meminta Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada pembelian gelaran ini dari luar negara adalah perbuatan jenayah atau sebaliknya.

"Agensi kerajaan perlu menilai dan merumuskan kaedah sesuai bagi membendung perbuatan membeli gelaran ini yang semakin menjadi-jadi.

"Perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah sampai di tahap agak keterlaluan. Jika dahulu gelaran ini diberikan kepada mereka yang berjasa kepada raja dan negara, namun kini sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan mempunyai wang," katanya.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hoo, 48, berkata, dia kerap dipujuk oleh individu yang mendakwa boleh mendapatkannya gelaran Datuk atau Datuk Seri sama ada di dalam atau di luar negara.

Menurutnya, gelaran itu didakwa boleh memudahkannya memperolehi tender kerajaan, selain turut melayakkan mendapat lesen import (AP) kenderaan.

"Bagaimanapun saya menolak tawaran itu berikutan harga ditawarkan terlalu tinggi dan tidak munasabah," katanya.

Sumber : Harian Metro (17 Januari 2015)
Tulisan : Mohd Jamilul AnbiaMd Denin & Fardy Bungga


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment