Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

CTOS Tak Jual Maklumat


Kuala Lumpur - Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) menegaskan tidak pernah menjual maklumat pengguna kepada pihak ketiga seperti dakwaan segelintir orang berikutan terikat dengan polisi terma syarat Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chin, berkata laporan kredit pengguna CTOS hanya boleh didedahkan kepada 5,000 pelanggan berdaftar di agensi laporan kredit swasta terbesar itu dengan persetujuan pengguna.

Katanya, maklumat pengguna disalurkan kepada pelanggan perniagaan seperti institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi dan firma undang-undang bertujuan menilai kelayakan peminjam.

"Data laporan kredit sebagai aset atau jaminan 'reputasi cagaran' dinilai pelanggan ini sebelum memberikan pinjaman. Kita tidak pernah dedahkan atau mempengaruhi institusi itu untuk menerima maklumat tanpa persetujuan pengguna.

"Data peminjam dikumpul secara 'Public Information' (maklumat awam) daripada sumber sahih iaitu badan berkanun, pelanggan dan sumber awam seperti warta kerajaan, surat khabar atau fail mahkamah, termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya kepada BH Ahad.

Terima pelbagai kritikan
CTOS, diselia agensi di bawah Kementerian Kewangan, Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK) mengikut Akta Agensi Pelaporan Kredit (APK) 2010 bertujuan menjamin perlindungan pengguna serta hak privasi data kredit pengguna.

Sehingga kini, lebih 100,000 pengguna berdaftar setiap tahun menggunaan perkhidmatan CTOS. Untuk mengemas kini data atas talian, pengguna diberi akses percuma dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai dengan bayaran pemprosesan RM10 pada waktu lain.

Chin berkata, sejak empat tahun lalu, CTOS menerima pelbagai kritikan , termasuk 1.16 juta aduan setiap bulan membabitkan laporan kredit tidak tepat, maklumat tidak dikemas kini, rekod disimpan terlalu lama, disenarai hitam dan ketirisan maklumat serta kecurian identiti pengguna oleh pihak ketiga.

"Apabila disiasat, hanya 188 kes aduan 'sah' dilaporkan di antara tahun 2012 hingga 2014, iaitu sekitar 0.001 peratus sahaja membabitkan tugas hakiki CTOS," katanya.

Sumber : Berita Harian ( 18 Januari 2015 )
Tulisan : Nadia Hamid


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment