Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bungkusan 'Cinta' RM1 Juta


Alor Gajah - Seorang doktor gigi kerugian RM31,200 akibat diperdaya lelaki baru dikenalinya dalam laman sembang sosial pada awal Disember lalu.

Mangsa, Dr Norashidah Che Lah, 41, berkata dia mengenali lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Yusuf Mohamad dan menetap di United Kingdom (UK) serta mendakwa bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.

"Pada awal perkenalan, saya memaklumkan sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, namun lelaki itu sedaya-upaya mahu mengenali saya dengan lebih dekat dan memberitahu ibunya berasal dari Sarawak, manakala bapanya warga Denmark," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas beberapa lama berkenalan, Yusuf yang mengetahui dia memiliki perniagaan sendiri menawarkan kepadanya untuk melabur dalam syarikatnya dengan modal permulaan RM10,000 dan mula meluahkan isi hati dengan mendakwa menyukainya.

"Pada 11 Januari lalu, Yusuf menghubungi saya dan menyatakan hasrat memberi hadiah hadiah sebagai tanda kerjasama untuk melabur dalam syarikat saya.

"Saya menolak, namun dia berkeras dan tiga hari selepas itu, seorang wanita dikenali sebagai Siti Faridah Harun daripada syarikat penghantaran segera menghubungi saya mendakwa barangan kiriman Yusuf sudah sampai," katanya.

Menurutnya, wanita itu meminta menjelaskan bayaran penghantaran barang terus ke alamatnya berjumlah RM3,800 dan dimasukkan ke dalam akaun dan selepas memasukkan wang, wanita itu sekali lagi menghubunginya dengan memaklumkan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak mahu melepaskan barangan itu kerana di dalamnya mengandungi wang tunai berjumlah hampir RM1 juta.

"Saya terkejut dengan penjelasan wanita itu dan meminta menjelaskan bayaran RM12,400 kepada jabatan sekiranya mahu bungkusan dilepaskan sebelum sekali lagi masukkan wang diminta ke dalam akaun sama, bagaimanapun bungkusan itu tidak sampai selepas dua bayaran dibuat.

"Siti Faridah memberitahu pihak kastam meminta RM24,000 lagi bagi memudahkan urusan pelepasan bungkusan wang tunai itu dan saya membuat bayaran RM4,000 dalam akaun bank yang sama manakala RM2,000 lagi dibayar melalui atas talian," katanya.

Dia berkata, wanita itu menghubunginya dan menyatakan duit sudah diterima serta berusaha meminta pihak kastam melepaskan bungkusan itu, namun malangnya, wanita itu mendakwa pihak kastam mahukan baki RM18,000 dijelaskan segera.

"Saya memberitahu sudah tidak mempunyai wang, namun selepas wanita terbabit berbincang dengan pihak kastam, dia meminta saya membayar RM9,000 dulu dan bakinya perlu dibayar selepas bungkusan diterima. Pada 19 Januari, saya memasukkan RM9,000 lagi ke dalam akaun bank wanita itu, namun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa pihak kastam meminta bayaran penuh," katanya.

Menurutnya, curiga dengan tindakan wanita itu, dia menghubungi pihak KDRM sebelum dimaklumkan menjadi mangsa penipuan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, mangsa kerugian RM31,200 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro (23 Januari 2015)
Tulisan : Ariffin Salleh


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment