Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label IMF. Show all posts
Showing posts with label IMF. Show all posts

Berita Emas - 22 November 2013


Emas menuju ke arah kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh lebih dua bulan berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, dan ketidaktentuan berhubung bila Rizab persekutuan akan memberhantikan program rangsangan ekonominya, yang menyebabkan harga emas mencatat paras terendah sejak awal Julai.

Harga emas semerta meningkat sedikit kepada AS$1,243.71 seauns pada 0735 GMT semalam.

Ia mencecah paras terendah empat bulan setengah pada AS$1,236.29 dalam sesi dagangan sebelum ini.

Emas dan perak dijangka mencatat kejatuhan mingguan hampir empat peratus.

"Sedikit pengukuhan harga berkemungkinan berlakukerana sentimen agak bercampur-campur buat masa ini," kata Mark To, Ketua Penyelidik di Wung Fung Financial Group Hong Kong.

To berkata, tekanan jualan ke atas emas tidak sekuat seperti dalam separuh pertama tahun ini disebabkan jaminan pegawai tinggi di Rizab Persekutuan bahawa rangsangan akan berterusan untuk tempoh lebih panjang.

Bagaimanapun, data ekonomi positif AS memberi kesan negatif kepada harga logam itu kerana ia mencadangkan bahawa ekonomi negara itu bersedia untuk berdaya maju tanpa bantuan rangsangan Rizab persekutuan.

Program pembelian balik bon oleh Rizab Persekutuan menyinar daya tarikan emas sebagai pelabur lindung nilai berbanding inflasi.

Jumlah warga AS yang memfailkan tuntutan baru bagi mendapatkan manfaat pengangguran jatuh ketara minggu lalu.

Ketidaktentuan berhubung bila program rangsangan ekonomi akan dikurangkan menyebabkan pelabur mengeluarkan pelaburan daripada emas, mendorong logam itu susut 25 peratus tahun ini.

Janet Yellen, yang dikatakan bakal menjawat Pengerusi Rizab Persekutuan, minggu lalu berkata, beliau akan terus melobi untuk meneruskan dasar monetari longgar sehinggalah pegawai di Rizab Persekutuan yakin pemulihan ekonomi di landasan yang kukuh dan dapat mewujudkan pekerjaan mencukupi.

Pegangan SPDR Gold Trust susut 3.6 tan kepada 856.71 tan pada Khamis, paras terendah sejak awal 2009.

Aliran keluar berjumlah 450 tan tahun ini.

Permintaan fizikal meningkat sedikit disebabkan kejatuhan harga tetapi ramai pembeli tidak memasuki pasaran mengharapkan kejatuhan lanjut, kata peniaga.

Data Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) semalam menunjukkan Jerman, pemegang rizab emas kedua terbesar dunia, mengurangkan pegangan jongkong emas pada Oktober buat kali kedua dalam lima bulan.

Pegangan Turki pula menokok tertinggi, dengan bank pusatnya menambah 12.994 tan. - REUTERS

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IMF, Bank Dunia disaran selesai krisis ekonomi

Komenter daripada admin : Tukarkanlah sebahagian duit fiat(wang kertas) kedalam bentuk emas fizikal untuk menambahkan nilainya, jangan sampai ia dimakan oleh inflasi. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.


Kuala Lumpur - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyarankan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia serta negara global menumpukan untuk menyelesaikan krisis ekonomi Eropah.

Katanya, ia susulan krisis ekonomi serantau itu yang berlanjutan selama tiga tahun sejak 2009, mengakibatkan penurunan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia.

"Oleh kerana  pertalian rapat antara negara, pemimpin berkenaan hendaklah turut memikirkan kedudukan pertumbuhan ekonomi dunia," katanya.

Ahmad Husni berkata, sebahagian besar negara, terutama negara maju terdedah kepada pertumbuhan yang rendah iaitu antara pertumbuhan negatif hingga  dua peratus bagi suku tahun pertama dan suku tahun kedua.

"Walaupun Malaysia mencapai pertumbuhan  4.9 dan 5.4 peratus pada suku pertama dan kedua, ia adalah antara tertinggi dikalangan negara dunia," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS