Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Januari 2015


Harga emas jatuh untuk sesi keempat daripada lima sesi semalaman selepas Rizab Persekutuan memberikan gambaran bulis terhadap ekonomi AS, sekaligus memberi isyarat ia dalam landasan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Prospek menaikkan kadar faedah AS menjadikan aset tidak menanggung faedah seperti emas kurang menarik, menyebabkannya semakin jatuh daripada paras tertinggi lima tahun yang dicatatkan minggu lalu.

"Orang ramai sudah menyesuaikan diri dengan pendirian dasar baharu dan tiada alasan seterusnya untuk meningkatkan emas ke paras lebih tinggi," kata Ketua Penyelidik Wing Fung Financial Group di Hong Kong, Mark To.

Dalam kenyataan dasarnya kelmarin, Fed berkata ekonomi AS berkembang pada 'kadar kukuh' dengan peningkatan jumlah pekerjaan sehingga menyebabkan bank pusat itu dalam laluan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Namun ia mengulangi bahawa Fed bukan 'bersabar' dalam menentukan bila untuk menaikkan kos pinjaman kadar penanda aras daripada sifar.

Spot emas susut 0.2 peratus kepada AS$1,282.11 seauns pada 0657 GMT, manambah kepada penyusutan 0.6 peratus pada sesi sebelumnya.

Emas mencecah paras tertinggi lima bulan AS$1,306.20 pada 22 Januari lalu.

Harga emas AS bagi penghantaran Febuari susut 0.3 peratus kepada AS$1,281.90 seauns.

Dolar berada lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama dan tidak jauh daripada paras kemuncak 11 tahun yang dicapai minggu lalu apabila pengukuhannya tertumpu kepada berita positif kenyataan Fed.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), berkata ia akan mengambil kira 'perkembangan kewangan dan antarabangsa' semasa untuk menentukan bila akan menaikkan kadar faedah, dengan merujuk pasaran global buat kali pertama sejak Januari 2013.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, perkara itu hanya mengubah sedikit jangkaan pasaran yang meramalkan kenaikan kadar akan dibuat pertengahan tahun ini.

"Secara keseluruhan, hanya ada sedikit isyarat untuk mengubah kenaikan pertama yang dijangka pada Jun ini," kata Mizuho Bank dalam satu nota.

Pelabur akan memerhatikan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS hari ini untuk mendapatkan lebih banyak isyarat pengukuhan ke atas ekonomi.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment