Kota Kinabalu - Cetak kad kredit palsu di negara ini untuk membeli barangan berjenama di luar negara, sebelum dibawa balik ke Malaysia dan dijual semula di pasaran gelap.
Itu modus operandi sindiket pemalsuan kad kredit rentas sempadan berpangkalan di Tawau yang dinongkar oleh Jabatan siasatan jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, selepas menyerbu sebuah hotel di bandar itu, pada 20 Januari lalu.
Dalam serbuan itu, polis dua lelaki tempatan berusia 31 tahun dan 43 tahun, selain merampas 307 kad kredit palsu, sebuah mesin kad kredit untuk mencetak hologram, sebuah penyiring kad, komputer riba, kad pengenalan milik warga Singapura, tiga telefon bimbit dan plastik berisi syabu.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene, berkata sindiket terbabit dipercayai mencuri data peribadi individu pengguna kad kredit, lazimnya dilakukan di kompleks membeli-belah oleh pekerja dan jurujual tidak bertanggungjawab.
"Sindiket ini turut membuat kad kredit palsu dengan mencuri data peribadi pelanggan bank tertentu dan pusat kad kredit.
"Mereka lazimnya menggunakan kad kredit palsu itu di luar negara untuk membeli barang kemas dan jam tangan, sebelum dibawa balik ke Malaysia untuk dijual di pasaran gelap.
Agih hasil jualan
"Hasil jualan ini dipercayai diagihkan dalam kalangan ahli sindiket. JSJK sudah mewujudkan pasukan khas untuk memantau operasi ini termasuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kad kredit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.
Mortadza berkata, dua suspek berkenaan ditahan ketika mencetak kad kredit di sebuah hotel di bandar Tawau dan polis turut menemui 141 kad kredit palsu bersama mereka.
"Berikutan penangkapan dua suspek itu, polis menyerbu sebuah rumah di Tawau dan menemui 118 lagi kad kredit palsu dalam kediaman itu selain merampas 48 keping lagi dalam sebuah kenderaan jenis FJ Cruiser," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 162 kes membabitkan jenayah kad kredit dilaporkan dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta sepanjang tahun lalu di seluruh negara.
"Di Sabah, bagi tempoh sama, tujuh kes dengan kerugian mencecah RM22,956 dilaporkan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dokumen cagaran berharga yang diketahui palsu serta Seksyen 15 dan Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : Berita Harian (03 Febuari 2015)
Tulisan : Suzianah Jiffar
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment