Kuala Lumpur - Usianya belum pun 30 tahun tapi seorang lelaki kini disiasat polis kerana disyaki terbabit dalm penipuan urus niaga jongkong emas dengan anggaran berat 1.5 tan bernilai hampir RM195 juta.
Suspek yang berusia 29 tahun menjalankan urus niaga menjual jongkong emas jenis Suisse 999.9 dengan berperanan sebagai pembekal yang memiliki pejabat di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mangsa, Ismazali Mohd Ismail, 32, yang juga pemilik Syarikat Habib Gold & Jeweleries di Shah Alam, Selangor berkata, dia kerugian lebih RM8 juta akibat penipuan suspek.
"Kini, perniagaan yang saya bina hasil titik peluh sendiri sejak lima tahun lalu bakal berkubur," katanya kepada Harian Metro semalam.
Selain beliau, tiga lagi peniaga emas yang juga rakannya turut menjadi mangsa dengan setiap seorang kerugian kira-kira RM2 juta.
Ismazali berkata selepas dia, Iylia Zuhaili Rahman, 30, Mohd Saffari anuar, 38, dan zulfahmi Mohamad shabri, 31, membuat laporan polis, mereka dimaklumkan sudah 34 laporan dibuat ke atas suspek yang sama.
"Kami membuat laporan polis secara berasingan di Seremban dan Shah Alam sebelum polis memberitahu ada 34 laporan dibuat ke atas suspek atas menipu dalam penjualan emas yang berat keseluruhan dianggarkan 1.5 tan dengan nilai kira-kira RM180 juta," katanya.
Menurut Ismazali, dia mengenali suspek melalui laman sosial selepas dimaklumkan lelaki itu menjual emas Suisse 999.9 dengan harga murah iaitu RM100 hingga RM123 segram berbanding pasaran RM132.
"Saya berada dalam bidang perniagaan emas sudah lima tahun dan amat berhati-hati bagi mengelakkan ditipu. Untuk memastikan apa yang ditawarkannya betul saya pergi ke pejabat suspek di Seremban untuk melihat bagaimana proses dokumentasinya.
"Disebabkan dokumentasinya lengkap, saya yakin lelaki itu menggunakan saluran yang betul sebelum membuat tempahan emas permulaan dalam kuantiti yang kecil iaitu satu kilogram bernilai anggaran RM132,000.
"Sejak itu, saya mula melakukan tempahan setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad membabitkan jutaan ringgit mengikut nilai emas yang saya tempah," katanya.
Menurutnya, pada 1 hingga 5 Disember tahun lalu dia sudah membuat pembayaran bernilai lebih RM8 juta yang membabitkan jongkong emas seberat 60 kg.
Selepas tempoh tujuh hari seperti dijanjikan, seperti biasa Ismazali ke pejabat suspek untuk mengambil jongkong berkenaan, tetapi lelaki terbabit memberitahu tidak dapat membekalkannya kerana tiada stok.
"Terduduk saya bila dia kata begitu, bayangkan jumlah lebih RM8 juta urusan jual beli emas itu tidak berjaya. Nyata apa yang saya takuti menjadi kenyataan apabila dia (suspek0 kini menghilangkan diri.
"Sudah beratus kali dia saya hubungi, tetapi gagal. Pergi pejabat, pekerja dia cakap tidak tahu. Kini saya bukan kerugian jutaan ringgit, malah pelanggan mula hilang kepercayaan kepada saya kerana gagal menyempurnakan tempahan emas mereka," katanya.
Zulfahmi pula berkata, selain puluhan kali pergi ke pejabat suspek di Seremban, di turut ke rumah lelaki itu untuk mendapat wangnya, namun usahanya tetap gagal.
"Sejak insiden itu, saya sudah tidak berniaga lagi kerana tiada modal pusingan. Saya mula membeli jongkong emas itu sejak dua bulan, begini pula jadinya," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis dibuat ke atas mangsa.
Bagaimanapun katanya, kes terbabit kini sedang disiasat Bank Negara Malaysia.
Sumber : Harian Metro (10 Febuari 2015)
Tulisan : Nur Saliawati Salberi
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment