Harga emas meningkat semalam berikutan kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan ekuiti Eropah berikutan kelemahan perangkaan perdagangan China dan kebimbangan terhadap Greece.
Kontrak semasa emas meningkat 0.6 peratus kepada AS$1,240.65 seauns pada 1050 GMT. Harga logam berharga itu mencatatkan kejatuhan harian terbesarnya sejak Disember pada Jumaat lalu, dengan mencecah paras AS$1,288.25, kerana dolar AS meningkat berikutan perangkaan pembayaran gaji AS yang kukuh.
"Terdapat banyak ketidaktentuan dalam pasaran, menunjukkan bagaimana elemen persekitaran makro berinteraksi: anda mempunyai spekulasi peningkatan kadar faedah AS tetapi juga bimbang dengan kedudukan Greece.
"Kedua-duanya dijangka berterusan dalam tempoh beberapa minggu," kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar.
Harga emas disokong oleh kelemahan dolar AS selepas mencatatkan peningkatan pada Jumaat lalu berikutan peningkatan pertumbuhan pekerjaan di AS, sekali gus menunjukkan pemulihan ekonomi yang kukuh akan mendorong peningkatan kadar faedah di ekonomi terbesar dunia itu pada pertengahan tahun ini.
Harga logam berharga lain, perak meningkat 2.1 peratus kepada AS$17.04 seauns, palladium tidak berubah pada AS$781.75 seauns, sementara platinium jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,217.95 seauns.
Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam terjejas dengan sentimen yang lemah, kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling, berkata pasaran hadapan emas jatuh hampir 1.5 peratus, menjejaki kejatuhan harga emas di New York Commodity Exchange (COMEX) pada Jumaat lalu.
Pada penutup semalam, kontrak emas Febuari 2015 jatuh 40 mata kepada RM142.10 segram sementara Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015 merosot 36 mata setiap satu kepada RM142.70, RM143.15 dan RM143.40 segram.
Kepentingan terbuka meningkat kepada 3,183 kontrak daripada 2,952 kontrak pada Jumaat lalu, sementara jumlah dagangan meningkat kepada 301 lot bernilai RM4.28 juta berbanding 76 lot bernilai RM1.1 juta sebelum ini.
Harga fizikal emas jatuh RM2.09 kepada RM137.54 segram berbanding RM139.63 segram yang dicatatkan pada Jumaat lalu.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment