Kuala Lumpur - "Emas tidak kira dalam bentuk jongkong atau barangan kemas adalah berdasarkan harga pasaran semasa dan mustahil ia dijual dengan harga yang lebih murah berbanding biasa," demikian tegas Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia Ermin Siow Der Ming.
Menurut Siow, jika terdapat ada peniaga yang menjual emas lebih murah berbanding harga pasaran, mereka semestinya mempunyai agenda tersembunyi.
Kata Siow, peniaga emas yang sudah lama berniaga kebanyakannya sudah mengetahui mengenai proses jual beli emas dan mereka biasanya membeli stok daripada bank ataupun pihak tertentu yang diiktiraf.
Katanya, semua peniaga mahukan keuntungan dan berdasarkan harga semasa, jadi memang mustahil ada peniaga emas yang menjual emas dengan harga lebih murah.
"Sebagai contoh, harga emas di pasaran hari ini adalah antara RM140 hingga RM145 untuk 1 gram (g) dan untuk barangan kemas yang sudah siap pula sekitar RM180 untuk berat yang sama.
"Ia sebagai panduan dan memang mustahil peniaga akan menjual dengan harga lebih rendah sekaligus menanggung kerugian.
"Justeru, orang ramai seharusnya lebih berhati-hati dan jangan terpedaya dengan penipuan pihak tertentu yang menawarkan emas yang lebih murah," katanya ketika dihubungi semalam.
Siow mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai aduan beberapa peniaga yang kerugian jutaan ringgit kerana ditipu pembekal emas.
Pembekal emas berkenaan disyaki melarikan diri selepas terbabit dalam 34 laporan polis berhubung penipuan urus niaga jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai hampir RM195 juta.
Sementara itu Presiden Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Ng Yin Chen berkata, pembeli emas terutamanya perlu lebih berhati-hati kerana perniagaan ini membabitkan jumlah pelaburan yang banyak.
Katanya, melalui perniagaan emas, segelintir individu boleh memperdayakan orang awam yang mereka mampu memperoleh keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya mengeluarkan modal yang sedikit yang mana apabila keuntungan diutamakan mereka akan lupa untuk menyimpan rasa curiga.
"Tidak dinafikan harga yang ditawarkan adalah murah berbanding harga pasaran dan pembekal itu terpaksa menanggung kerugian tetapi kerugian yang ditanggung itu hanya jumlah yang kecil kerana mereka akan mendapat keuntungan yang banyak.
"Pasti ada agenda lain disebalik tawaran yang diberikan kerana jika diteliti ia seperti perniagaan MLM (Multi Level Marketing) yang mana apabila sasaran yang diletakkan oleh pembekal ini dapat dicapai mereka mula akan menghentikan operasinya serta-merta," katanya.
Ng berkata, urusan pembelian emas yang betul adalah apabila duit diberikan, pembeli akan terus mendapat barang yang dibeli dan tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama jika tidak masalah seperti penipuan akan berlaku.
"Penipuan membabitkan penjualan emas sudah berlarutan sejak tempoh 10 tahun dulu kerana keuntungan yang banyak membuat ramai yang cepat terpedaya," katanya.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment