Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Febuari 2015


Emas terus mencatat kenaikan pada sesi dagangan kedua berturut-turut semalam susulan kebimbangan terhadap masa depan Greece di zon euro dan kejatuhan pasaran saham global menyokong daya tarikan logam berharga itu.

Emas semerta menokok 0.3 peratus kepada AS$1,242.90 seauns pada 0315 GMT, selepas naik 0.5 peratus pada Isnin.

Logam itu mencatat paras terendah tiga minggu AS$1,228.25 minggu lalu. Jongkong emas mendapat lonjakan berikutan kegelisahan berhubung berkemungkinan Greece menarik diri daripada menyertai zon euro, selain konflik yang semakin genting di Ukraine melemahkan selera untuk mengambil risiko yang turut melemahkan pasaran saham.

"Dengan kebimbangan berterusan berhubung Greece dan potensi ia gagal membayar balik hutang, selain krisis di Ukraine, emas dijangka menjumpai sokongan dan berada di atas purata pergerakan 55 hari pada AS$1,225 dan purata pergerakan harga 100 hari pada AS$1,217 pada masa terdekat," kata Jason Cerisola, peniaga logam di MKS Group.

Kebarangkalian Greece meninggalkan zon euro meningkat, susulan pendekatan keras Perdana Menteri, Alexis Tsipras berhubung hutang yang dihadapi negara itu.

Tsipras bertegas Greece tidak akan melanjutkan ikat jamin yang terikat dengan syarat ketat.

Presiden Kesatuan Eropah Jean-Claude Juncker memberi amaran kepada Greece supaya jangan berharap zon euro akan tunduk kepada tuntutan Tsipras, satu konfrontasi membimbangkan pasaran kewangan dan menjurus kepada rayuan AS dan Kanada supaya kedua-dua pihak bertenang dan berkompromi.

"Sukar untuk memikirkan akan berlaku penjualan emas ketara mengambil kira faktor ketidaktentuan di Greece dan kemungkinan negara itu tidak akan membayar balik hutangnya," kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Pelabur cenderung membida naik emas sewaktu berlaku ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Pasaran turut memantau perkembangan di Ukraine.

Presiden Barack Obama Isnin lalu memberi isyarat beliau akan menunggu hasil rundingan berhubung Ukraine sebelum memutuskan sama ada untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Kiev.

Turut membantu menyokong harga logam berharga itu ialah kemalapan rali dalam dolar AS.

Indeks dolar, kaedah mengukur kekukuhan dolar berbanding beberapa mata wang utama dunia, jatuh sedikit.

Dolar yang lebih kukuh menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih mahal bagi mereka yang membeli dalam mata wang asing.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment