Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Maut Kedai Emas Meletup


Klang - Letupan kuat dipercayai berpunca daripada tangki gas alat kimpalan emas menggegarkan kawasan Jalan Tengku Kelana, di sini, menyebabkan sebuah kedai emas di jalan berkenaan terbakar, awal pagi semalam.

Kebakaran jam 2.15 pagi itu, menyebabkan seorang daripada pekerja  kedai emas berkenaan yang dikenali sebagai Subramani, 44, maut sebelum ditemui dengan kesan terbakar selepas api berjaya dipadamkan.

Empat lagi lelaki yang juga pekerja kedai emas berkenaan berjaya menyelamatkan diri manakala nasib seorang rakan mereka masih tidak diketahui kerana belum ditemui dan dikatakan berada di dalam premis ketika kejadian.

Menurut saksi yang enggan dikenali, dia mendengar letupan kuat dari premis dua tingkat berkenaan dan mendapati pintu utama kedai terbuka.

"Ketika kejadian saya berada berhampiran lokasi dan terkejut apabila tiba-tiba mendengar letupan kuat sebelum mendapati kedai emas berkenaan sudah marak dijilat api," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian ada enam pekerja membabitkan lima warga India serta seorang warga tempatan tidur di tingkat atas premis berkenaan.

Mereka kemudiannya mendapati bahagian bawah kedai emas itu dipenuhi asap dan bertindak menyelamatkan diri melalui pintu yang terbuka kesan daripada letupan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai jam 2.26 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

"Kebakaran memusnahkan 90 peratus premis itu dan selepas api berjaya dikawal, pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam kawasan premis, jam 6 pagi.

"Mangsa warganegara India berusia 44 tahun sementara seorang lagi mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri masih belum ditemui sehingga kini walaupun usaha mencari dibantu menggunakan dua anjing pengesan masih diteruskan," katanya.

Menurut Mohd Sani, kebakaran dipercayai berpunca daripada gas alat kimpalan emas yang diletakkan di bahagian bawah premis, bagaimanapun, pengesahan akan ditentukan selepas menerima laporan pasukan forensik kebakaran.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat manakala anggaran kerugian akan diperoleh selepas keterangan lanjut diambil daripada pemilik kedai emas berkenaan," katanya.

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Mohd Hasbi Sidek


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment