Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Febuari 2015


Harga emas naik semalam apabila dolar reda seketika selepas kenaikan mendadak baru-baru ini dan sikap berhati-hati yang berterusan dalam pasaran kewangan berhubung masa depan Greece dalam zon euro.

Ketidakpastian mengenai isu hutang Greece sedikit sebanyak membantu menyelamatkan harga emas baru-baru ini, tetapi ia masih berada pada paras harga rendah hampir empat peratus setakat bulan ini disebabkan nilai dolar yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) memberi kesan terhadap logam berkenaan.

Spot emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,237.70 seauns pada 0745 GMT, berikutan penurunan 0.4 peratus pada Selasa membawanya menghampiri paras terendah tiga minggu iaitu AS$1,228.25 yang dicatatkan minggu lalu.

Ketidaktentuan ekonomi dan kewangan cenderung untuk merangsang permintaan terhadap emas yang dilihat sebagai pelaburan yang lebih selamat.

"Tanpa belian berkaitan risiko, emas mungkin menghadapi tekanan lagi dalam tempoh terdekat," kata seorang penganalisis HSBC, James Steel.

"Emas juga mungkin terjejas oleh dasar Rizab Persekutuan (Fed), terutama jika pasaran mempercayai bahawa kenaikan kadar faedah mungkin berlaku pada bulan Jun.

"Emas mungkin didagangkan pada harga lebih dekat kepada AS$1,200 sebelum permintaan dari pasaran sedang membangun dirangsang secukupnya untuk menghentikan penurunan harga," katanya.

Semua perhatian tertumpu ke Eropah, di mana kebarangkalian Greece keluar dari zon euro meningkat dalam beberapa hari terakhir ini apabila Perdana Menteri, Alexis Tsipras telah mengambil pendirian lebih keras terhadap hutang kerajaan.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker memberitahu Greece supaya tidak mengharapkan bahawa zon euro akan tunduk kepada permintaan Tsipras dalam konfrontasi semakin meningkat yang menggugat pasaran kewangan dan mendorong AS dan Kanada merayu supaya kedua-dua pihak bertenang dan berkompromi.

Menteri kewangan zon euro dijadual bermesyuarat dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada lewat semalam, tetapi pegawai sudahpun menolak peluang untuk mesyuarat itu mencapai kejayaan.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment