Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Febuari 2015


Harga emas meningkat semalam, pulih daripada paras terendah dalam tempoh lima minggu yang dicatatkan pada dagangan awal berikutan penyusutan nilai dolar berbanding yen Jepun dan situasi tidak menentu yang menyelubungi hutang Greece.

Spot emas jatuh ke paras terendah sejak 9 Januari pada AS$1,216.45, sebelum pulih semula untuk diniagakan meningkat 0.4 peratus pada AS$1,223.78 menjelang 1050 GMT.

Logam itu kehilangan 1.2 peratus kelmarin apabila dolar mencecah kemuncak tiga minggu berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh sebanyak satu peratus berbanding yen semalam susulan laporan media lebih banyak rangsangan monetari daripada Bank of Japun akan menjadi produktif.

"Ada situasi yang sangat tidak menentu berhubung geopolitik dan ekonomi makro, justeru emas terus bertindak balas kepada perkembangan berkenaan, namun selagi Rizab Persekutuan (Fed) kekal dalam landasan untuk meningkatkan kadar faedah, arah alirannya terus menurun," kata penganalisis Macquarie, Matthew Turner.

"Dalam satu ketika, semua orang akan mengambil kira sebarang kenaikan Fed dan kemudian akan berhenti."

Saham Eropah meningkat apabila pelabur menyambut baik keputusan Bank Pusat Sweden untuk mengurangkan kadar faedah di bawah sifar selain persetujuan gencatan senjata antara Russia dan Ukraine.

Pasaran kewangan berada di bawah tekanan apabila menteri kewangan zon euro gagal mencapai persetujuan dengan Greece untuk satu kenyataan terakhir atau jalan untuk meneruskan rundingan sehingga mesyuarat seterusnya Isnin depan bagi melanjutkan program menyelamat antarabangsa.

Emas dijual besar-besaran bagi kebanyakan minggu ini, di sebalik krisis hutang Greece sekali gus memberi bayangan pasaran sama ada menjangkakan hasil yang positif atau tidak mengambil kira kemungkinan negara itu keluar daripada zon euro sebagai prospek positif bersih, kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

Emas selalunya dilihat sebagai insurans terhadap risiko, denga permintaan biasanya meningkat pada masa-masa keadaan kewangan atau politik yang tidak menentu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment