Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pijakan Kebas Gelang Emas


Kulim - "Saya menahan kesakitan apabila kaki dipijak, saya cuba menjerit meminta tolong, tetapi kerana terlalu takut suara saya tak keluar," kata seorang warga emas berusia 78 tahun yang cedera di lengan dan leher akibat diragut dua lelaki.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Kampung Pondok Labu, di sini, wanita itu yang tinggal bersendirian kerugian lebih RM10,000 apabila 11 utas gelang emas dan dua rantai yang dipakainya diragut dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja syarikat pendawaian elektrik.

Kata wanita itu, ketika kejadian dia sedang membersihkan halaman rumah dengan pintu pagar ditutup sebelum dihampiri dua lelaki yang berusia 20-an yang menunggang motosikal.

"Kedua-dua lelaki itu kemudian memperkenalkan diri sebagai pekerja sebuah syarikat pendawaian elektrik yang datang untuk membaiki bekalan elektrik dan lampu jalan yang rosak di kawasan kampung terbabit," katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu terus memasuki halaman rumah dan menghampirinya sambil berpura-pura melihat tiang elektrik dan lampu jalan sebelum mereka menunjuk ke arah meter elektrik di tingkat atas rumah yang didakwa perlu diperbaiki bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana percaya mereka pekerja syarikat pendawaian elektrik yang bertanggungjawab memperbaiki lampu jalan dan bekalan elektrik lalu menunjukkan keadaan wayar serta lampu luar yang rosak.

"Kedua-dua lelaki itu kemudian berpura-pura ingin melihat keadaan lampu rumah sama ada masih baik atau rosak dan meminta kebenaran masuk ke dalam rumah untuk mebuka suis.

"Tiba-tiba seorang daripada lelaki itu memeluk dari belakang lalu merebahkan saya ke lantai dan rakannya  terus memijak kaki saya, lama juga rasanya lebih 15 minit dan saya hanya terpaksa menahan kesakitan dan merayu tidak dikasari, tetapi tidak dihiraukan mereka," katanya.

Menurutnya, dua lelaki itu terus meragut dua rantai dan 11 utas gelang tangan yang dipakainya sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal di luar rumah.

"Dalam keadaan kesakitan, saya meminta pertolongan jiran dan akibat rentapan kuat oleh dua lelaki terbabit dengan lengan kiri saya luka dan lebam di leher," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kulim selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek terlibat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4916999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Polis juga menasihatkan orang ramai terutama warga emas yang tinggal bersendirian supaya tidak memakai barang kemas yang banyak kerana dibimbangi menjadi mangsa jenayah terutama ketika bersendirian di rumah," katanya.

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Azhar Hashim

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment