Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wang Palsu Cetakan Jember


Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) bagi menjejaki sindikit pengedaran wang palsu antarabangsa yang disyaki aktif menghasilkan wang kertas palsu ringgit Malaysia di republik itu.

Penyeludupan wang kertas palsu ringgit Malaysia itu dipercayai ada kaitan dengan kajayaan POLRI menumpaskan sindiket pencetakan wang palsu di Jember, Jawa Timur pada petang Selasa lalu.

Hasil serbuan itu pihak polis menemui plat besi mencetak wang kertas ringgit Malaysia (RM) selain wang kertas Rupiah berjumlah 12.2 bilion (RM35.8 juta).

Sumber berkata, penemuan plat khas mencetak wang kertas palsu itu membabitkan pelbagai mata wang Malaysia yang dicetak menggunakan mesin khas diimport dari Jerman.

Menurutnya, berdasarkan penemuan itu, polis yakin sindiket itu mampu mencetak wang kertas palsu dalam kuantiti besar sebelum diedarkan ke pasaran.

"Sindiket itu mempunyai kepakaran khusus mencetak wang kertas Rupiah 100,000 (RM34) dan not kertas RM10 berdasarkan penemuan mesin pencetak dan pemotong wang kertas palsu yang diimport khas dari Jerman dengan harga sekitar RM2 juta.

"Malah, pihak POLRI yang melakukan serbuan di dua rumah berasingan menemui wang kertas palsu ringgit Malaysia siap dicetak," katanya.

Difahamkan seramai empat suspek yang dipercayai pakar cetak dan pengedar wang kertas palsu itu berjaya ditumpaskan.

Malah pihak POLRI sendiri sukar membeza wang kertas palsu itu berikutan sindiket menggunakan kertas khas yang dipercayai turut diimport dari luar negara.

"Malah polis tidak menolak kemungkinan wang kertas palsu itu diseludup dan berada di negara ini sejak sekian lama.

"Sama ada diseludup dalam skala besar atau kecil, perkara itu akan disiasat berikutan kekerapan laporan penemuan wang palsu di negara ini," katanya.

Difahamkan Badan penyelidik dan jenayah POLRI dan Bank Indonesia menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi menyiasat lebih lanjut berhubung penyebaran wang palsu itu tidak lama lagi.

Dalam kejadian berasingan Sabtu lalu, Polis Daerah Cheras berjaya menumpaskan satu sindiket mencetak wang palsu not RM100 di Taman Midah Cheras dan Taman Desa, Brickfield.

Tiga suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun berjaya diberkas bersama 264 keping not kertas RM100 dan dua keping not RM50 palsu.

Sumber : Harian Metro (30 Januari 2015)
Tulisan : Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohaamad Hafiz Nawawi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment