Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN EMAS : RM20 Juta Hangus


Kuala Lumpur - Sebanyak 34 transaksi yang sepatutnya merubah kehidupan seorang ahli perniagaan dan 30 orang rakannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wang yang dilaburkan untuk membeli emas mengakibatkan mereka kerugian lebih RM20 juta.

Ia gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang 'membuktikan' kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 jutaserta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata, dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.

"Saya dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun. Pada awalnya, saya bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan beberapa kali, saya tambah pembelian sebanyak dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000," katanya.

Katanya, bagi memastikan tidak ditipu, dia turut menyertai lawatan ke ibu pejabat syarikat berkenaan di China dan diberi penerangan berhubung operasi pelaburan yang kononnya tidak disenarai hitam oleh kerajaan mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).

"Segalanya bermula dengan baik dan saya sempat mendapat pulangan kira-kira RM70,000 untuk tempoh enam bulan. Selepas itu, saya mula mengajak rakan dan saudara mara seramai 30 orang untuk masuk. Kami beli emas dan lakukan transaksi berjumlah lebih RM20 juta untuk mendapatkan habuan," katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, di sini.

Rosli berkata, setiap kali seminar diadakan, lelaki berkenaan berrsama adiknya akan bercerita mengenai kesenangan hidup mereka dengan menunjukkan gambar beberapa kereta mewah yang dibeli tunai, kononnya hasil pelaburan yang semakin mendapat tempat itu.

"Semua yang menyertai skim ini dijanjikan modal asal boleh diambil bila-bila masa. Syarikat memberi pilihan sama ada untuk menebus kembali emas atau dapatkan wang tunai dengan jaminan tiada rugi. Kami dijanjikan peluang menjadi jutawan dalam masa satu tahun dan mendapat wang secara harian," katanya.

Katanya, lelaki yang masih bujang itu juga menunjukkan gambar percutian mewah menaiki jet peribadi ke luar negara setiap kali bertemu dengan ejen pelaburan untuk menarik minat mereka mencari lebih ramai pelabur.

"Saya jual beberapa lot tanah bernilai lebih RM600,000 untuk pelaburan ini, malah semua emas hasil simpanan saya dan anak-anak juga saya gunakan untuk melabur, tapi akhirnya saya dimaklumkan syarikat ini menamatkan operasi dan bertukar kepada perniagaan lain.

"Saya cuba menghubungi lelaki itu untuk meminta penjelasan kerana kerugian yang saya tanggung bukan sedikit, namun tiada jawapan diberikan menyebabkan saya rasa ditipu," katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju minggu lalu supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Rosli berkata, dia membuat laporan kepada BNM kerana bimbang lebih ramai menjadi mangsa penipuan individu itu dan berharap tindakan segera diambil.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya merujuk kes itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

"Penelitian awal mendapati tiada unsur perniagaan sebaliknya penipuan semata-mata, sama seperti beberapa skim disenarai hitam BNM. Justeru masyarakat perlu berhati-hati tidak diperdaya sebegini," katanya.

Sumber : Harian Metro (16 Januari 2015)
Tulisan : Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim, Yusmizal Dolah Aling & Muhammad Saufi Hassan


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment