Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Penduduk Besut Ditipu


Cikgu Zawawi CEO Highway Group

"Rugi hampir RM1 Juta CEO syarikat skim cepat kaya cabut lari"  

Jertih : Peserta skim cepat kaya dari Besut yang menyertainya menerusi sebuah syarikat beroperasi di Kelantan dipercayai mengalami kemgian hampir RMl juta selepas gagal mendapatkan semula modal dan bonus hasil pelaburan mereka.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Abd Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat syarikat yang di katakan menawarkan skim cepat kaya berkenaan menerusi pelabutan haram kerana ia satu penipuan. 

Menurutnya, minggu lalu seorang ejen syarikat itu yang juga pengurus kawasan Besut tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya selepas pihak pengurusan syarikat berkenaan didakwa menutup operasinya dan melarikan diri.

Katanya, berikutan itu polis sedang menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan dan berharap lebih ramai penduduk daerah terbabit yang menjadi mangsa penipuan syarikai beroperasi di Tanah Merah, Kelantan tampil menyalurkan maklumat.

“Saya percaya ramai kakitangan awam dan penduduk daerah ini terpedaya dengan skim yang ditawarkan bonus lumayan dalam tempoh singkat selepas menyertai skim berkenaan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Pelancaran Projek Printis Mengurangkan Penagihan Dadah (PEMANDU) Peningkat Daerah Besut oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB).

Minggu lalu dilaporkan kira-kira 1,000 ahli skim cepat kaya di Besut berputih mata kerana mereka gagal mendapat bonus pulangan dijanjikan kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu sudah melarikan diri.

Rosli berkata, kegiatan skim cepat kaya berkenaan tidak berlaku di daerah lain di negeri itu dan hanya di laporkan di Besut.

Menurutnya orang ramai diingatkan supaya dapat menjauhi diri dengan tawarran skim seumpama itu oleh pihak tertentu kerana ia tidak pernah dibenarkan oleh kerajaan.

Katanya, agensi skim terbabit tidak ada dokumen rasmi ketika mengutip wang daripada pelanggan sebaliknya menggunakan kaedah bercakap dari mulut ke mulut dengan dijanjikan pulangan tinggi menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh.

Sementara itu, Idris ketika melancarkan projek perintis mengurangkan penagihan dadan berkata, beliau berharap projek itu dapat mengurangkan kes penyalah gunaan dadah dikalangan remaja.

Menurutnya, hasil kajian pihak berkaitan mendapati sebanyak tujuh peratus penduduk terutama di kalangan remaja daerah itu terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Menerusi program yang dijalankan itu pihaknya berharap masyarakat tidak menganggap penagih dadah sebagai penjenayah sebaliknya mereka adalah pesakit dan perlu diberi rawatan serta pemulihan," katanya. 

Sumber : Harian Metro (29 Febuari 2016)
Tulisan : Mohammad Ishak


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment