Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Febuari 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu ini.

Ia dijangka dipacu oleh beberapa faktor seperti penurunan harga saham global, kejatuhan harga minyak ke paras rendah, serta spekulasi Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah.

“Pasaran terus bimbang dengan kelembapan global,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling. 

Peniaga, katanya, akan terus memantau dengan rapat pertumbuhan ekonomi dan data ekonomi global bagi mencari lebih banyak petunjuk.

“Data penting yang akan dipantau minggu depan termasuklah laporan Pembuatan ISM Amerika Syarikat, laporan Perubahan Pekerjaan ADP, laporan senarai gaji bukan ladang dan laporan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Caixin China,” katanya.

Bagi asas mingguan, Februari 2016 naik 12 mata kepada RM166.35 segram, Mac 2016 meningkat 11 mata kepada RM166.35 segram, April 2016 menokok 16 mata kepada RM166.95 segram dan Mei 2016 menambah 14 mata kepada RM167.15 segram.

Jumlah dagangan mingguan berjumlah 1,630 lot bernilai RM27.3 juta daripada 375 lot bernilai RM6.21 juta pada Jumaat sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat turun kepada 890 kontrak daripada 1,651 kontrak sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment