"Suami isteri godam kad TnG hingga had maksimum ditahan"
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana disyaki menggodam kad Touch *n Go (TnG) menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit bagi mengubah nilai amaun sehingga RM1,500 bagi satu kad pada 22 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pasangan terbabit berusia 40-an ditahan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di kediaman mereka di Kota Damansara, di sini, pada jam 9.30 malam.
Katanya, hasil serbuan itu, polis merampas 14 kad tambah komputer riba, alat elektronik Smart Tag, dua telefon bimbit dan dua tablet dipercayai digunakan suspek untuk tujuan terbabit.
“Mereka dikesan menggunakan perisian yang dimuat turun dari rangkaian Internet menggunakan komputer riba sebelum memindahkan aplikasi terbabit di dalam telefon bimbit untuk menggodam kad TnG.
“Menerusi aplikasi berkenaan, mereka menggodam kad bagi mengubah nilai isian tunai sehingga had maksimum RM1,500 tanpa kebenaran syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd.
“Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menggunakan kad terbabit untuk bayaran tol serta membeli barangan di pasar raya yang membenarkan penggunaan kad TnG,” katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.
Mohd Zani berkata, suspek sudah direman selama empat hari sehingga 27 Februari lalu dan kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi menunggu siasatan terhadap transaksi kad yang digunakan menerusi kerjasama dengan syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd.
Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mula melakukan kegiatan itu sejak Disember tahun lalu dan dipercayai sudah menggunakan kad terbabit sehingga RM20,000.
“Ini adalah kes pertama membabitkan kad TnG yang dikesan oleh JSJK Petaling Jaya dan ia disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
“Polis turut mengesan individu lain dipercayai melakukan kegiatan yang sama berikutan terdapat forum menerusi rangkaian Internet yang digunakan bagi berkongsi keadah untuk melakukan penggodaman kad berkenaan, ” katanya.
Sumber : Harian Metro (01 Mac 2016)
Tulisan : Norizuan Shamsuddin
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment