"Repco Low dituduh cuba kelirukan pasaran saham pada 1997 dijel 5 tahun"
Kuala Lumpur : Selepas kira-kira 17 tahun melalui proses turun naik mahkamah kerana kesalahan cuba mengelirukan pasaran saham pada 1997, bekas Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd (Repco) Low Thiam Hock atau lebih dikenali 'Repco Low' akhimya dijatuhi hukuman denda RM5 juta dan penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Low, 54, selepas meneliti dan mempertimbangkan fakta kes serta mengambil kita hujahan kedua-dua pihak.
Mahkamah turut memerintahkan Low dari Kota Kinabalu, Sabah menjalani hukuman penjara lima tahun lagi jika gagal membayar denda.
Low yang memakai kemeja putih dan seluar hitam yang ditemani beberapa ahli keluarganya dilihat tenang sepanjang prosiding.
Terdahulu, Edmund Bon Tai Soon yang mewakili Low memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
“Selain itu, jika penangguhan denda tidak dibenarkan, pihak pembelaan memohon supaya bayaran denda dibuat secara ansuran." katanya.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti Roz Mawar Rozain pula memaklumkan pihaknya menyerahkan hal itu kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan berhubung permohonan penangguhan hukuman penjara dan pembayaran secara ansuran, namun membantah bagi hukuman denda itu ditangguhkan.
Mat Ghani kemudian membenarkan permohonan Edmund dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM3 juta.
Pada 11 Januari lalu, Low didapati bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah pada akhir kes pendakwaan.
Pada 1999, Low didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, kerana mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn Bhd untuk membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perbuatan itu didakwa boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur antara 11 pagi hingga 5 petang 3 Disember 1997.
Lok didakwa mengikut Seksyen 840(I), Akta Industri Sekuriti 1983 yang dibaca bersama Seksyen 88(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minmum RM1 juta dan penjara maksimum 10 tahun.
Pada 14 November 2006, Mahkamah Sesyen melepaskan Low daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri manakala pada 15 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi di sini, juga menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Low.
Bagaimanapun, pada 28 Februari 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan Low membela diri terhadap pertuduhan cuba mengelirukan pasaran saham.
Sumber : Harian Metro (01 Mac 2016)
Tulisan : Sarah Zulkifli
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment