Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Jutawan Pelaburan Kena Lima Tahun, Denda RM5 Juta



"Thiam Hock didapati bersalah cuba kelirukan pasaran saham 19 tahun lalu"  

Kuala Lumpur : Jutawan pelaburan, Low Thiam Hock dipenjara lima tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini,semalam, selepas didapati bersalah cuba mengelirukan pasaran saham, kira-kira 19 tahun lalu.

Thiam Hock, 54, yang juga bekas Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Berhad juga diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun, sekiranya gagal membayar denda itu.

Tertuduh yang juga dikenali sebagai Repco Low, hadir ke mahkamah memakai kemeja putih dan seluar hitam dengan ditemani isterinya, kelihatan tenang sebaik Hakim Mat Ghani Abdullah membacakan keputusan itu, kira-kira jam 10 pagi.

Tangguh hukuman  
Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan peguam, Edmund Boon, yang mewakili Repco Low, untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda, sementara menunggu rayuan.  

Bagaimanapun, Mat Ghani memerintahkan jumlah jaminan dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM1.3 juta serta pasport diserahkan kepada mahkamah.  

Mahkamah sama pada 11 Januari lalu, mensabitkan Repco Low atas kesalahan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.  

Ketika itu, Mat Ghani dalam penghakimannya berkata pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata dan hanya difikirkan kemudian.  

“Selepas membuat penilaian maksimum dengan meneliti nota dan keterangan tertuduh dan saksi, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh," katanya.  

Repco Low, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, mengaku tidak bersalah pada 18 September 1999, terhadap tuduhan mengarahkan seorang wakil peniaga Sime Securities Sdn Bhd untuk membeli saham Repco dengan menyerap harga tawaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bagi tujuan menimbulkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu.  

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman di sini, antara jam 11 pagi dan 5 petang, pada 3 Disember 1997.  

Pada 2006, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Akhtar Tahir membebaskan Repco Low daripada tuduhan itu di akhir kes pendakwaan dan pada tahun 2010, Mahkamah Tinggi menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasannya.  

Bagaimanapun, pada 28 Februari 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh membela diri atas tuduhan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti (SC).  

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Ros Mawar Rozain, mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 84(I) Akta Perindustrian Sekuriti 1983, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.  

Mengikut laporan BH pada tahun 1996, SC melakukan siasatan bagi menentukan punca kenaikan harga tawaran yang mendadak terhadap saham Repco untuk memastikan sama ada kenaikan itu disebabkan penyelewengan dalam bentuk urus niaga dalaman atau spekulasi yang di luar peraturan.  

Repco, yang terbabit dalam kegiatan pegangan pelaburan dan peruntukan perkhidmatan pengurusan kepada syarikat dalam kumpulan dan disenaraikan di Papan Kedua BSKL pada 1991, menafikan ia terbabit dalam kegiatan memanipulasi barga dan perniagaan dalaman.  

Sumber : Berita Harian (01 Mac 2016)  
Tulisan : Farah Marshita Abdul Patah


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment