Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Jengkaut Tarik Duit



"Suspek larikan 2 mesin ATM guna jentera berat, angkut dengan pacuan empat roda" 

Sekumpulan penjenayah menggunakan jengkaut untuk melarikan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Besar, Bestari Jaya, di sini, semalam.  

Dalam kejadian jam 5 pagi, suspek menggunakan jentera berat itu yang dicuri untuk menarik keluar mesin ATM di dalam bank berkenaan.  

Tindakan itu menyebabkan cermin premis pecah manakala mesin berkenaan ditarik sehingga ke jalan besar sebelum dimuatkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.  

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan bank berkenaan.  

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi menemui jengkaut ditinggalkan suspek selepas menarik keluar mesin ATM terbabit manakala cermin premis dipecahkan.  

“Suspek lebih daripada dua orang itu dipercayai memasang kabel pada jentera berat sebelum mengikatnya pada mesin ATM.  

“Polis percaya suspek mengambil masa 30 minit untuk melarikan dua mesin ATM di dalam premis itu. “

Mesin ATM berkenaan diangkat masuk ke belakang Toyota Hilux dan wang tunai dilarikan RM537,390," katanya.  

Ruslan berkala, siasatan lanjut mendapati jengkaut digunakan dalam kejadian itu dicuri suspek dari tapak pembinaan berhampiran sebelum dipandu ke hadapan bank.  

Katanya, polis mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan.  

“Satu pasukan khas juga ditubuhkan untuk mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah bangunan membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan, katanya.  

Sumber : Harian Metro (26 Febuari 2016)  
Tulisan : Ekhwan Haque Faziul Haque & Suzaini Sulaiman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment