![]() |
Gambar Hiasan - Majlis Highway Group |
"Skim cepat kaya kumpul deposit haram cecah jutaan ringgit dalam tempoh lapan bulan"
Jertih : Seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa
penipuan skim cepat kaya selepas pengurusanan syarikat disertainya menghentikan operasi dan menghilangkan diri bersama wang milik mangsa dan pelabur lain.
Difahamkan, mangsa berusia 52 tahun dari Kampung Renik, di sini, mula menyertai skim itu selepas diajak
rakannya yang sudah lama menyertai dan berjaya membuktikan dapat keuntungan besar.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa mendakwa dilantik sebagai Pengurus Kumpulan bagi daerah Besut oleh pengasas syarikat itu pada Jun 2015.
"Dalam tempuh sebulan, mangsa berjaya mengutip RM245,000 bersamaan 700 lot bernilai RM350 setiap satu daripada orang ramai, selain mendapat upah RM5,000 sebulan sebagai pengurus kumpulan.
"Mangsa mendakwa penyerahan wang kepada konsultan syarikat yang dilantik mencecah hampir jutaan ringgit yang dikutip daripadav pelabur di daerah ini bermula Jun 2015 hingga Febuari lalu.
"Mangsa mendakwa penyerahan wang dilakukan di dua hotel di Kota Bharu, Kelantan ketika mesyuarat dan majlis penerimaan bonus yang diadakan tiga kali sebulan," katanya.
Khaled berkata, mangsa mula rasa ditipu apabila syarikat yang beroperasi di Tanah Merah, Kelantan menutup operasinya selepas aktiviti pengambilan deposit haram daripada orang ramai dikesan pihak berkuasa, selain memaklumkan bonus pelabur gagal dijelaskan bermula Februari.
Katanya, mangsa yang bimbang keselamatannya mengambil keputusan
membuat laporan polis di Balai Polis Jertih, semalam bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Difahamkan, 1,000 pelabur dari daerah Besut yang menyertai skim cepat kaya
berputih mata untuk mendapatkan hasil pelaburan bernilai jutaan ringgit selepas pengurusan syarikat menghilangkan diri.
Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri dari Rancangan Tanah FELDA
Perasu, Gua Musang, Kelantan rugi RM50,000 kerana tidak menerima bonus pelaburan dari syarikat sama.
Tulisan : Mohammad Ishak
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment