Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Enam 'Datuk' Penipu Besar



"Broker tanah berperwatakan alim kebas RM1.8 juta"  

Kuala Terengganu : Enam lelaki termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam 18 kes penipuan jual beli tanah menggunakan gelaran Datuk dan berperwatakan alim bagi mengaburi mangsa dengan kerugian dianggarkan bernilai RM1.8 juta sejak 2012.

Bagaimanapun, tembelang enam suspek berusia antara 40 hingga 65 tahun itu terbongkar apabila ditahan dalam operasi khas dikenali Op Pekaka antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Terengganu bermula awal tahun lalu di sekitar Kuala lumpur, Selangor dan Pahang.

Malah, ada antara suspek ditahan ketika mencari mangsa baru yang menyasar pesara, orang kampung dan golongan profesional.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, ahli sindiket terbabit menggunakan modus operandi menelefon mangsa dan meyakinkan kononnya beberapa tanah ingin dijual di Selangor memandangkan nilai tanah di negeri itu lebih tinggi berbanding negeri lain.

Beliau berkata, selepas mangsa tertarik dengan tawaran diberikan, pertemuan diadakan dan ahli sindiket menggunakan gelaran Datuk dan berperwatakan alim ketika berjumpa dengan mangsa bagi meraih kepercayaan mangsa.

“Terpedaya dengan perwatakan dan tawaran ahli sindiket, ada antara mangsa membayar wang RM3,000 hingga RM450,000 sebagai deposit kepada tanah yang hendak dibeli dengan kerugian dianggarkan bernilai RMl.8 juta.

"Malah, suspek turut menunjukkan geran tanah palsu dan mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek yang menghilangkan diri selepas mendapat wang.

“Tembelang suspek terbongkar apabila pemeriksaan dengan Pejabat Tanah di Selangor mendapati tanah berkenaan tidak wujud sebelum mereka membuat laporan polis,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan Koh Ah Tiam.

Rosli berkata, pihaknya menyelesaikan 15 daripada 18 kes yang diterima sejak 2012 hingga tahun ini apa bila dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, pihaknya turut merampas dan menyita kereta BMW 3 Series, Toyota Camry, buku akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mempunyai nilai saham RM19,000 dan wang tunai RM3,000 dengan sitaan bernilai RM152,000.

“Tiga lagi kes masih dalam siasatan dan kita giat memburu tiga atau empat ahli sindiket yang dipercayai terbabit dalam kes ini,"katanya.

Selain Terengganu, laporan mengenai kes sama turut diterima di Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Kedah dan Johor.

Sumber : Harian Metro (26 Febuari 2016)
Tulisan : Zatul Iffah Zolkiply


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment