Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Febuari 2016



Emas susut semalam disebabkan saham kembali meningkat tetapi berjaya bertahan di atas AS$1,200 aun atas jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin memperlahankan kenaikan kadar kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Minit mesyuarat dasar terakhir Fed yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan bahawa pembuat dasar mempertimbangkan mengubah rancangan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat AS untuk 2016 ekoran kebimbangan bahawa kelembapan global dan jualan besar-besaran di pasaran kewangan menjejaskan ekonomi AS.

Walaupun sebahagian besar pembuat dasar masih dijangka akan menaikkan kadar faedah tahun ini dan membincangkan kenaikan pada mesyuarat dasar pada 26-27 Januari, mereka berbelah bahagi mengenai bagaimana untuk mentafsir turun naik pasaran kewangan.

Kadar kenaikan faedah lebih perlahan boleh meningkatkan permintaan untuk emas, yang mencatatkan penurunan tahunan berturut-turut ketiga pada tahun 2015 ekoran kebimbangan bahawa kadar faedah yang lebih tinggi akan menjejaskan permintaan terhadap aset tidak tertakluk kepada kadar faedah itu.

Spot emas telah susut 0.2 peratus kepada AS$1,206.60 seaun pada 0718 GMT.

Ia meningkat 0.7 peratus pada Rabu, menyentap kejatuhan berturut-turut tiga hari.

“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan agak minit mesyuarat Fed agak berkeyakinan yang dikeluarkan semalam (kelmarin), harga emas masih akan disokong di atas AS$1,200,” kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank, Singapura.

Gan berkata, terdapat kemungkinan besar terhadap kenaikan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini, berbanding separuh pertama dan oleh sebab itu, harga emas boleh menyerahkan semula sebahagian keuntungan itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment