Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 Febuari 2016



Harga emas mencatatkan sedikit kenaikan dalam keuntungan semalaman pada Jumaat, namun masih berada sekitar AS1,200 seaun berikutan penurunan ekuiti yang mencetuskan permintaan kepada aset lebih selamat itu.

Saham Asia juga menunjukkan penyusutan semalam, selepas mencatatkan kenaikan tiga minggu yang disebabkan penurunan semalaman ekuiti AS.

Komoditi berharga itu merekodkan kenaikan 16 peratus setakat ini, sekali gus menjadikan ia aset berprestasi terbaik setakat ini, meski pun di tengah-tengah kegawatan pasaran saham dan kebimbangan ekonomi global.
Bagaimanapun, penganalisis berkata, pasaran menjangkakan harga emas akan jatuh lagi.  

Spot emas susut 0.5 peratus kepada AS$1,225.43 seaun pada 0704 GMT, selepas meningkat dua peratus pada Khamis.  

Bagi minggu ini, ia kerugian satu peratus ekoran peniaga mengambil keuntungan selepas logam berkenaan meningkat, minggu lalu.  

“Kami menjangkakan harga emas semasa akan kembali kepada asal, berikutan sentimen pembelian semakin lemah, sama seperti yang dihadapi pada awal tahun 2014 dan 2015,” kata Nomura dalam satu nota. “

Walaupun terdapat turun naik pasaran kewangan semasa, kami tidak fikir akan terdapat perubahan besar-besaran dalam asas ekonomi global.  

“Buat masa ini, logam berkenaan didorong oleh aliran masuk ke dalam dana emas yang disokong oleh dana dagangan bursa (ETF).  

“Aset dalam SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar dunia disokong emas meningkat 0.38 peratus kepada 713.63 tan pada Khamis.  

“Harga emas juga didorong oleh spekulasi yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan tidak akan dapat menaikkan kadar faedah disebabkan kebimbangan mengenai ekonomi, walaupun menurut tinjauan Reuters akan berlaku dua kenaikan kadar tahun ini,” kata penganalisis OCBC Bank, Barnabas Gan. 


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment