Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

RHB Menang Anugerah Kontrak Hadapan Emas 2013


RHB Investment Bank dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Kontrak Hadapan Emas 2013 bagi kategori Broker Utama (TPs) Dagangan Hadapan Emas (FGLD) semasa penganjuran sulung Simposium Prospek Harga Emas dan Logam Berharga  di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bursa Malaysia Bhd dalam satu kenyataan, berkata tempat kedua kategori berkenaan diraih oleh Phillip Futures dan ketiga, LT International Futures.

Bagi kategori Pedagang Profesional Dagangan Emas (LOCAL), Anugerah Kontrak Hadapan Emas Tempatan 2013 dimenangi oleh Leang Pek Har, James Kam Wei Lin dan Loo Cheong Hin.

Tarik 600 Peserta
Simposium Prospek Harga Emas dan Logam Berharga itu adalah yang pertama dianjurkan Bursa Malaysia dan ia berjaya menarik lebih 600 peserta.

"Bertemakan 'Masih Berkilaukah Emas Pada Tahun 2014', simposium itu menjadi platform yang membicarakan peluang melabur dalam emas dan logam berharga di Malaysia bagi menyampaikan maklumat kepada pelabur perseorangan, pelaburan serta dagangan hadapan dalam kedua-dua komoditi itu," katanya.

Simposium menampilkan penceramah antarabangsa daripada Majlis Emas Dunia, industri perlombongan, tukang emas dan peniaga barangan kemas serta pelabur dan peniaga emas profesional yang membentangkan pelbagai topik mengenai emas dan perak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment