Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 14 Julai 2014


Emas diniagakan lebih rendah semalam berikutan pengukuhan pasaran saham Asia, tetapi logam itu kekal hampir paras tertinggi empat bulan minggu lalu disebabkan ketegangan yang memuncak di Asia Barat dan Ukraine.

Emas semerta susut 0.2 peratus kepada AS$1,334.89 seauns pada 0301 GMT selepas mencatat kenaikan enam minggu berturut-turut minggu lalu.

Logam itu mencecah AS1,345, paras tertinggi sejak Mac, pada Khamis selepas kebimbangan berhubung kestabilan kewangan bank terbesar Portugal, Banco Espirito Santo, mencetuskan kebimbangan akan berlakunya gelombang krisis kewangan berikutnya di Eropah.

"Kebimbangan Portugal berkurangan berikutan pasaran tidak lagi berpendapat krisis akan merebak," kata peniaga di Tokyo.

"Bagaimanapun, permintaan terhadap emas masih kukuh disebabkan ketegangan di asia Barat.

"Portugal hanyalah satu daripada sebab bagi membeli emas, situasi geopolitik tidak berubah," katanya.

Ahad lalu, tentera Israel memberi amaran penduduk di sempadan utara Beit Lahiya supaya meninggalkan bandar itu atau menanggung risiko kerana rancangan serangan udara di sebelah malam.

Di Russia, negara itu mengugut Ukraine selepas serangan roket menyebabkan satu kematian, insiden yang disifatkan Moscow sebagai begitu agresif dan ia mesti dibalas secara setimpal.

Emas dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset lebih berisiko apabila berlakunya ketidaktentuan geopolitik dan kewangan.

Data Suruhanjaya Perdagangan Hadapan Komoditi menunjukkan data lindung nilai dan pengurusan kewangan meningkatkan taruhan bulis ke atas dagangan hadapan dan opsyen emas dan perak pada minggu berakhir 8 Julai.

Bagi minggu ini, pasaran memantau petunjuk daripada Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bagi mendapatkan bayangan berhubung ekonomi AS dan jangkaan bila ia akan dikenakan kenaikan kadar faedah.

Pelabur turut memantau pembelian fizikal di Asia, yang berkurangan disebabkan kenaikan harga baru-baru ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment