Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pelajar Guna Wang PTPTN Untuk Melabur


Kuala Lumpur - seorang wanita hamil lapan bulan kematian bayi yang dikandungnya akibat tekanan darah tinggi selepas mendapat tahu menjadi mangsa skim cepat kaya menerusi Facebook (FB).

Lebih menyedihkan, zuriat sulung mangsa yang berusia awal 30-an itu adalah yang dinanti-nantikan selepas lima tahun beliau dan suaminya mengharapkan cahayamata bersama.

Mengikut mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, pembabitannya dengan skim cepat kaya berkenaan tidak diketahui suaminya dan beliau berharap menerusi pulangan modal dan dividen itu sebagai satu usahanya membantu kewangan suami.

Bagaimanapun, kerana terlalu tertekan dengan situasi itu, Rina diserang tekanan darah tinggi sehingga meragut nyawa bayi yang dikandung beberapa hari lalu.

Labur Guna Wang PTPTN
Seorang lagi mangsa wanita, pelajar universiti berusia 20-an sanggup menggunakan wang simpanan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melabur dalam skim cepat kaya itu.

Pelaburan sebanyak RM3,500 itu dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya dengan harapan memperoleh pulangan dividen yang tinggi bagi membantu pengajian adik beradiknya yang lain.

"Selepas mendapat tahu tertipu, saya berasa amat tertekan sehingga pernah merancang untuk lari dari rumah," katanya dalam satu pertemuan dengan BH di Shah Alam, malam semalam.

Kedua-dua mereka adalah antara lebih 300 mangsa yang kerugian dianggarkan mencecah lebih RM1 juta dalam tempoh sebulan selepas melabur dengan syarikat berkenaan yang menjalankan urusniaga menerusi laman sosial.

Berdasarkan modus operandinya, syarikat itu berselindung di sebalik skop perniagaan sebagai pemborong dan pengeluar beg tangan, kasut serta perhiasan.

Sementara itu, Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima beberapa laporan dan sudah membuka kertas siasatan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment