Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Kaut Jutaan Ringgit - Remaja Pedaya 300 Mangsa Skim Cepat Kaya Menerusi FB


Kuala Lumpur - Seorang remaja berusia 19 tahun memperdaya lebih 300 mangsa untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit sebulan menerusi skim cepat kaya yang dianjurkan syarikat miliknya.

Syarikat itu dikatakan menawarkan pelbagai pelan pulangan modal dari tujuh hingga 20 hari dengan keuntungan modal pusingan syarikat sebanyak tiga kali ganda daripada modal asal.

Skim cepat kaya itu disyaki turut didalangi beberapa pihak lain dan remaja itu berfungsi sebagai keldai sindiket bagi memperdaya mangsa menerusi Facebook (FB).

Selain pelbagai pakej yang menawarkan keuntungan sehingga 100 peratus, syarikat berkenaan turut mempamerkan beberapa cek bernilai puluhan ribu ringgit yang diterima syarikat lain menggunakan pelan dividen sama.

Berikut pelan sama, mangsa dikatakan terpedaya kerana menyangka syarikat lain yang turut menggunakan platform FB itu adalah rangkaian syarikat pemborong dan pengedar terbabit.

Jurucakap bagi sekumpulan mangsa, Khairul Anwar Abdullah yang Pengerusi Persatuan Sri Putramas Sungai Buloh, berkata pelaburan dibuka dengan modal serendah RM200 untuk tawaran beberapa pakej dividen.

"Antara pakej tawaran ialah modal RM200 dapat RM600 dalam tempoh tujuh hari dan labur RM1,600 dapat RM4,800 dalam tempoh 20 hari.

"Ada segelintir pelabur yang menerima dividen dalam tempoh tujuh hari bagi meyakinkan mereka supaya membuat lebih banyak pelaburan dengan pulangan modal tinggi," katanya.

Khairul Anwar berkata, pelabur mula mengesyaki tertipu apabila tidak menerima dividen pada tarikh ditetapkan selepas pelaburan kedua dibuat.

Tak Terima Dividen
Katanya, syarikat yang mula beroperasi menggunakan FB sejak awal Jun lalu sehingga kini gagal membayar pulangan modal dan dividen yang dijanjikan kepada lebih 300 pelabur mereka di seluruh negara.

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) oleh mangsa bersama Khairul Anwar mendapati syarikat itu beralamat di Shah Alam dan mula beroperasi sejak 30 April lalu.

Malah, siasatan ke atas alamat syarikat itu mendapati premis berkenaan hanya sebuah gudang kosong, manakala pemiliknya didakwa menetap di Kuala Selangor.

"Sejak 8 Julai lalu, lebih 30 laporan polis dibuat di seluruh negara apabila pelabur menyedari FB syarikat itu ditutup dan kumpulan pelabur menggunakan applikasi WhatsApp ditutup pada 7 Julai lalu", katanya.

"Sebahagian besar pelabur terdiri daripada pelajar universiti dan suri rumah, selain guru, penjawat awam, kakitangan hotel, usahawan dan kerani.

"Ruang dan peluang jenayah berlaku kerana semua mangsa menggunakan media sosial FB, mendedahkan latar belakang diri, termasuk kemampuan kewangan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment