Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Julai 2014


Harga emas mencatatkan kenaikan tinggi semalam untuk diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam empat bulan pada Jumaat untuk merekodkan peningkatan mingguan keenam berturut-turut.

Perkembangan itu berlaku ketika masalah yang dihadapi sebuah bank Portugal mengoncangkan pasaran saham dan meningkatkan permintaan selamat bagi logam berharga.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,336.70 seauns menjelang 0637 GMT, selepas ditutup 0.7 peratus pada Khamis apabila ia meningkat kepada AS$1,345 yang juga harga tertinggi logam itu sejak 19 Mac.

Emas meningkat lebih satu peratus minggu ini.

Kenaikan mingguan keenam itu akan menjadi tempoh paling lama sejak Febuari hingga Mac lalu apabila ia mencatatkan perkembangan serupa.

"Wang dilihat beralih daripada saham kepada emas," kata seorang peniaga logam berharga itu di Hong Kong.

Peniaga itu berkata adalah satu kejutan bagi emas untuk melonjak tinggi berikutan berita asas negatif dari India, di mana duti import logam itu tidak berubah pada paras tertinggi.

Emas dan pelaburan selamat lain seperti yen Jepun dan bon mendapat rangsangan apabila pasaran saham Amerika Syarikat (AS) serta Eropah menjunam semalam berikutan kebimbangan pelabur terhadap masalah kewangan yang dihadapi syarikat milik keluarga di belakang bank Portugal, Banco Espirito Santo.

Perkembangan merentas sempadan itu adalah peringatan keras krisis ekonomi dan hutang yang pernah dihadapi oleh Portugal serta beberapa negara di bahagian selatan Eropah.

Pergolakan geopolitik di Asia Barat dan Ukraine juga terus menyokong emas, yang dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset lebih berisiko seperti saham.

Dalam pasaran fizikal, India mengejutkan pasaran apabila mengekalkan duti import emas dan perak tidak berubah pada 10 peratus dalam bajet fiskalnya.

Langkah itu dijangka akan mengehadkan pembelian luar negara oleh pengguna emas kedua terbesar dunia itu serta akan terus menggalakkan penyeludupan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment