Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 Julai 2014


Harga emas meningkat sedikit semalam dengan mendapat sedikit sokongan daripada kelemahan pasaran saham di Eropah.

Namun, logam berharga itu masih terdedah kepada kejatuhan selanjutnya selepas merosot pada sesi sebelumnya susulan perangkaan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh membantu melonjakkan dolar AS.

Jumlah pekerjaan di AS meningkat pada Jun dan kadar pengangguran menghampiri paras terendah dalam tempoh enam tahun, sekali gus memberi petunjuk jelas kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi akan berlanjutan kepada separuh kedua tahun ini.

Perangkaan itu juga menimbulkan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Kontrak semasa emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,320.80 seauns pada 1208 GMT. Ia jatuh 1.2 peratus kepada paras terendah dalam satu minggu kepada AS$1,309.64 selepas perangkaan pembayaran gaji bukan ladang AS dikeluarkan.

Pasaran hadapan AS bagi penghantaran Ogos naik dengan mencecah paras AS$1,310 selepas perangkaan pekerjaan yang baik tetapi ia kekal terdedah kepada jualansetiap kali untuk melepasi paras AS$1,330," kata MKS Group dalam nota penyelidikannya.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam selepas perangkaan pekerjaan AS yang kukuh mengurangkan tarikan terhadap logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, memberitahu Bernama bahawa peniaga tempatan memberi reaksi terhadap perangkaan pekerjaan AS yang kukuh dan Wall Street yang tinggi yang mengurangkan tarikan terhadap emas sebagai aset selamat.

Semasa ditutup, Julai 2014 susut 16 mata kepada RM135.15 segram, Ogos 2014 turun 16 mata kepada RM135.55 segram, September 2014 merosot 16 mata kepada RM135.70 segram dan Oktober 2014 berkurangan 10 mata kepada RM136.10 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 7,307 kontrak daripada 7,029 kontrak manakala jumlah dagangan menokok kepada 741 lot bernilai RM10.1 juta daripada 650 lot bernilai RM8.9 juta.

Harga fizikal emas turun 52 sen kepada RM130.88 segram daripada RM132.40 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment