Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 Julai 2014


Emas yang susut Jumaat lalu bersedia untuk mencatat kejatuhan mingguan pertama dalam tujuh minggu kerana bimbang kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi dan pelabur mengambil keuntungan selepas insiden pesawat penumpang MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine.

Logam itu yang dilihat sebagai pelaburan selamat ketika berlaku ketidaktentuan geopolitik dan kewangan, mencatat kenaikan harian tertinggi dalam sebulan pada Khamis lalu selepas insiden Penerbangan Malaysia (MAS), yang menyaksikan Kiev dan Moscow masing-masing menyalahkan sesama sendiri.

Bencana itu berkemungkinan akan menjadi titik tolak bagi tekanan antarabangsa untuk menyelesaikan krisis di Ukraine, yang mengorbankan ratusan sejak bantahan orang ramai menyaksikan Presiden disokong Moscow dijatuhkan Febuari lalu dan Russia menambah Crimea ke dalam wilayahnya sebulan kemudian.

"Terdapat kenaikan harga dalam logam berharga semalam tetapi pelabur tidak menjangka impak berkekalan daripada situasi di Ukraine," kata pengarah di Quantitative Commodity Research, Peter Fertig.

"Kita berkemungkinan menyaksikan emas kekal di atas AS$1,300 tetapi jualan kukuh dilihat pada permulaan minggu lalu mencadangkan terdapat tekanan daripada peserta pasaran untuk menjual pegangan dan menolak jatuh harga," katanya.

Emas semerta susut 0.4 peratus kepada AS$1,312 seauns pada 1016 GMT Jumaat lalu, disebabkan nilai dolar yang semakin kukuh dan kebimbangan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos susut 0.4 peratus kepada AS$1,312.30 seauns.

Saham Eropah meneruskan kejatuhan Khamis lalu, sementara dolar kukuh berbanding beberapa mata wang utama dunia.

Pasaran akan terus menumpu data ekonomi AS selepas satu lagi penyusutan pengangguran mingguan pada Khamis disokong pandangan ekonomi terbesar dunia itu berada di landasan kukuh untuk pulih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment