Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Julai 2014


Harga emas mencatat paras tertinggi pada Selasa, susulan peningkatan keganasan di Asia Barat dan Ukraine, namun kenaikan itu dihadkan dengan ketidaktentuan berhubung ketidaktentuan berhubung keputusan menyuarat Dasar Rizab Persekutuan (Fed) dan data penting AS yang akan diumumkan hujung minggu ini.

Spot emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,307.20 seauns pada 0933 GMT, selepas susut  pada jumlah yang sama pada sesi sebelumnya.

Emas Amerika Syarikat (AS) meningkat AS$4.50 kepada AS$1,307.80.

"Saya sebenarnya terkejut sekiranya emas tidak meningkat lagi kerana pada masa ini banyak risiko geopolitik berlaku.

"Kita memiliki beberapa data ekonomi yang baik yang akan diumumkan nanti dan ketika ini kita melihat pengukuhan pada dolar yang mengekalkan harga," kata penganalisis Commerzbank, Daniel Briesemann.

Menjelang mesyuarat Fed petang ini (semalam), tiada sesiapa yang mahu mengambil kedudukan utama, katanya.

"Kami tidak fikir yang Fed akan membuat sebarang kejutan, namun anda semua mengetahuinya," tambahnya.

Fed memulakan mesyuarat dua hari lewat hari Selasa, dengan pasaran menunggu penuh minat berhubung petunjuk, bila bank pusat AS akan menaikkan faedah.

Bank pusat itu akan mengeluarkan kenyataan pada hari ini selepas berakhirnya mesyuarat.

Emas amat peka dengan sebarang perubahan dalam dasar monetari AS, selepas mencatat rali pada paras tinggi berikutan krisis kewangan selepas langkah rangsangan yang luar biasa Fed yang menurunkan kadar faedah dan menimbulkan kebimbangan inflasi.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka tidak menentu minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Low Cheng Yang, berkata pasaran niaga hadapan emas domestik akan dipengaruhi laporang pengangguran dan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS), semasa permintaan berkurangan daripada pembelian China dan India.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2014 susut 38 mata kepada RM132.25 segram, Ogos 2014 dan Oktober 2014 merosot 39 mata setiap satu, masing-masing kepada RM132.60 segram dan RM133.25 segram.

Sementara itu, September 2014 susut 49 mata kepada RM132.75 segram.

Jumlah dagangan berkurang kepada 1,114 lot bernilai RM14.71 juta, daripada 1,156 lot bernilai RM15.5 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment