Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Julai 2014


Harga emas meningkat buat sesi kedua berturut-turut semalam ekoran kelemahan dolar selepas laporan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan yang tidak memberi sebarang petunjuk bilakah kadar faedah akan dinaikkan.

Pasaran juga menunggu sekiranya India, negara penggunaka kedua terbesar dunia selepas China akan mengurangkan duti import bagi logam berharga pada bajet fiskal semalam.

Spot emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,327.40 seauns pada 0646 GMT, selepas meningkat 0.5 peratus pada sesi sebelumnya dibantu oleh prestasi dolar yang mencatat paras rendah seminggu berbanding mata wang utama lain.

Kelemahan dolar menjadikan harga komoditi pada mata wang itu lebih menarik kepada pemegang mata wang lain.

Emas berada di bawah tekanan selepas laporan pekerjaan AS yang kukuh minggu lalu meningkatkan spekulasi berhubung kenaikan kadar faedah, namun Fed tidak memberi sebarang petunjuk, demikian menurut minit mesyuarat daripada mesyuarat pada Jun.

Kadar lebih tinggi akan menggalakkan pelabur untuk mengeluarkan tunai daripada aset bukan tunai seperti emas.

"Jika emas melepasi halangan pada AS$1,335, kemudian ke arah AS$1,380.

"Kelemahan dolar selepas mesyuarat Fed membantu.

"Orang ramai akan memantau situasi di India hari ini (semalam) bagi melihat sekiranya akan ada sebarang pemotongan dalam duti import, walaupun pengurangan sudah dilaksanakan," kata peniaga logam berharga.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup tinggi semalam mengambil petunjuk daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini yang tidak memberi petunjuk akan menaikkan kadar faedah.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata menurut minit mesyuarat Fed, dolar AS juga lemah, mencecah paras terendah dalam tempoh seminggu berbanding mata wang dunia lain.

Coin Mun berkata, berdasarkan teknikal, harga emas melepasi purata pergerakan 20 dan 50 hari sejak 19 Jun berikutan sokongan syarikat.

Pada penutup, Julai 2014, Ogos 2014, September 2014 naik 50 mata, masing-masing kepada RM138.30 segram manakala Oktober 2014 meningkat 52 mata untuk ditutup pada RM138.80 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment