Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 Julai 2014


Emas susut berikutan pengukuhan dolar AS dan pasaran ekuiti, sementara pelabur menunggu hasil mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) dan data pekerjaan AS untuk mengukur kekukuhan ekonomi global dan nasib langkah rangsangan.

Emas semerta susut 0.4 peratus kepada AS$1,322.70 seauns pada 1016 GMT.

Ia mencecah paras tertinggi tiga bulan AS$1,332.10 sebelum ini berikutan ketegangan di Iraq dan Ukraine meningkatkan permintaan bagi logam itu sebagai pelaburan selamat.

Dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,323.90 seauns.

Dolar menokok 0.1 peratus berbanding beberapa mata wang utama dunia, manakala saham dunia berlegar di bawah rekod tertinggi.

Nilai dolar yang mengukuh menjadikan aset dalam denominasi dolar seperti emas menjadi mahal bagi pelabur asing.

"Dolar mengukuh susulan penerbitan data semalam, yang tidak menyokong emas. Melainkan berlaku kejutan ketara dalam angka pembayaran gaji bukan perladangan AS, kita tidak menyaksikan harga emas jatuh," kata Bernard Dahdah, penganalisis di Natixis.

"Harga dijangka menerima tekanan di bawah AS$1,300 dalam jangka panjang, berikutan ekonomi AS semakin mengukuh dan pelabur tiada sebab untuk melabur dalam aset selamatseperti emas."

Data Rabu menunjukkan pengambilan kerja sektor swasta AS mencecah paras tertinggi satu setengah tahun pada Jun.

Gambaran teknikal juga muram dengan penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao, berkata emas mungkin menjejaki ke arah AS$1,316 berikutan kegagalan melepasi rintangan pada AS$1,334 sebanyak dua kali.

Sementara itu, permintaan fizikal bagi emas meningkat disebabkan rali harga baru-baru ini.

Di China, harga domestik berada pada diskaun AS$1-AS$2 seauns berbanding harga global.

Logam berharga lain, platinum tidak berubah pada AS$1,501.20 seauns, berlegar ke paras tertinggi 10 bulan pada AS$1,517.50 pada Rabu berikutan kebimbangan tidak cukup bekalan.

Paladium juga disokong menghampiri paras tertinggi tiga minggu pada AS$855 seauns, manakala perak susut 0.3 peratus kepada AS$21.03 seauns.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment