Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Buru 3 Lelaki Penipuan Pelaburan Skim Solar Bond



"Datuk Seri antara individu paling dikehendaki SSM tipu pelaburan Solar Bond"

Kuala Lumpur : Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dikehendaki Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas disyaki ada kaitan dengan penipuan pelaburan Solar Bond.

Sehingga kini, SSM dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara (NRRET) masih meneruskan siasatan terhadap pelaburan itu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan SSM semalam, siasatan yang dimulakan sejak 1 sejak 5 Mei 2016 masih teruskan.

Katanya, syarikat terbabit dikesan masih aktif beroperasi dengan mempromosikan pelaburan dan cuba mengalihkan operasi di beberapa negara jiran.

“Antara negara yang cuba dimasuki mereka adalah Thailand, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan nama Solar Bond Express (SB Express).

"Syarikat ini dikesan menjalankan pelaburan menipu orang ramai dengan menjanjikan pulangan menarik antara 30 hingga 40 peratus dalam tempoh dua minggu," katanya.

Menurut kenyataan itu, SSM sedang memburu tiga individu yang dipercayai menjadi dalang dalam sindiket berkenaan untuk membantu siasatan.

“Antara individu yang dihendaki adalah Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman, 41, A Azhari Mohd Kasim, 38, dan Euazuddin Mat Ghani, 42.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bahagian Siasatan SSM di talian 03-26994000 Ext 5563/5351 atau hadir ke mana-mana pejabat SSM terdekat,” katanya.

Menurutnya orang ramai diingatkan menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu pelaburan yang ditawarkan.

“Jangan terbaru-buru untuk melabur dalam skim yang menawarkan pulangan yang tinggi serta tidak munasabah dalam jangka pendek," katanya.

Sumber : Harian Metro (2 Julai 2016)
Tulisan : Mohd Hasbi Sidek


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment