Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kotak Emas Lesap


Gambar Hiasan

"Tukang logam kerugian RM142,529 rumah dipecah"

Dungun : Tindakan seorang tukang emas membawa kotak barang kemasnya pulang ke rumah di Jalan Sura Jeti, di sini, Rabu lalu, membawa padah apabila barangan berkenaan dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM142,529 termasuk wang tunai RM8,000.

Kehilangan itu disedari mangsa berusia 37 tahun kira-kira jam 4.30 pagi ketika mahu bangun untuk bersahur sebelum pergi ke ruang tamu untuk mengambil tiga kotak yang mengandungi barang kemas dan beg tangan yang diletakkan di atas rak kasut.

Ketika kejadian, hanya mangsa dan lima anaknya berada di rumah manakala suami mangsa yang bekerja sebagai juruteknik sedang bertugas di tempat kerjanya di Kertih, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila kotak dan beg tangannya lesap dipercayai dilarikan orang.

Beliau berkata, mangsa dikatakan meletakkan tiga kotak mengandungi barang kemas dan beg tangan di atas rak kasut kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

“Pemeriksaan mendapati ruang tamunya berselerak dengan beberapa kad bank, kad pengenalan dan kad perubatan anaknya bertaburan di atas permaidani.

“Hasil pemeriksaan mendapati pintu dapur rumahnya terbuka, namun tiada sebarang kesan umpil ditemui.

“Selain itu, kereta mangsa yang diletakkan di luar pagar rumah juga diumpil tetapi tiada barang hilang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmad Zailani, berkata, penjenayah melarikan pelbagai barang kemas milik mangsa seperti cincin, rantai leher, kerongsang emas serta 75 keping jongkong emas pelbagai berat, 15 keping dinar dan wang tunai sebanyak RM8,000 dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM142,529.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dungun.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya.

Sumber : Harian Metro (2 Julai 2016)
Tulisan : Zatul Iffah Zolkiply


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment