Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 7 Ciptaan Dalam Sebulan


Raub : Gold Rush! Jika anda pernah menonton program televisyen berkenaan, pasti akan tertarik dengan apa yang mereka lakukan. Begitu juga Shaffiq Faizal Ahmad, 42, yang menjadikan bidang reka cipta mesin lombong emas sebagai kerjaya sampingan.  

Menurut Shaffiq, dia yang bekerja sebagai kontraktor mendapat idea mereka cipta tujuh jenis mesin lombong emas dalam masa sebulan saja.

“Saya mencuba nasib mereka cipta mesin lombong emas untuk memudahkan pelombong mengasingkan emas menggunakan teknologi terkini.

"Pada mulanya, sukar bagi saya mencuba mesin ini kerana perlu memecahkan batu keras untuk memperoleh emas.

"Bagaimanapun selepas mengubah suai sendiri kekuatan enjin, mesin yang direka berjaya memecahkan l tan batu dalam masa 10 minit saja," katanya.

Menurutnya, antara mesin yang dihasilkan adalah `crusher' dan 'trommer yang mempunyai kekuatan enjin antara 1,500 hingga 2,000 kuasa kuda.

“Sebuah mesin boleh disiapkan dalam masa lima ke enam hari sahaja mengikut jenis yang diminta pelanggan," katanya.

Menurut Shaffiq, mesin 'crusher' yang direka dengan menggunakan minyak diesel lebih tahan berbanding yang lain.

“Mesin ini tahan panas dan boleh digunakan 48 jam tanpa henti. Teknologi yang menggunakan minyak diesel membolehkan mesin ini tahan lasak.

"Jika mesin menggunakan minyak petrol, ia sukar bagi pelanggan mengalihkannya jika hujan dan cepat rosak," katanya yang baru menceburi bidang ini setahun lalu.

Kata Shaffiq, dia sanggup mengeluarkan wang berpuluh ribu ringgit untuk membeli mesin dari luar negara.

"Saya mempelajari cara menghasilkan mesin ini dengan membeli mesin dari Kanada, tetapi selepas saya meniru teknologi berkenaan ternyata ia tidak berhasil.

“Bagaimanapun saya tidak berputus asa dan terus mencuba hingga berjaya menghancurkan batu di lombong untuk mengasingkan emas," katanya.

Walaupun baru dianggap setahun jagung, Shaffiq sudah melebarkan kepakarannya ke negara jiran iaitu Indonesia.

“Setiap bulan saya akan ke Indonesia seperli Aceh, Kalimantan dan Sumatera mengajar mereka dan memberi konsultasi mengenal mesin ini.

“Kami juga mengeksport mesin ke luar negara, selain kegunaan di negara," katanya.

Sumber : Harian Metro (7 Julai 2016)
Tulisan : Nabihah Kamal


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment