"Mata wang China masuk senarai elit mulai 1 Oktober 2016"
Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menerima yuan China di dalam kumpulan rizab mata wang utama dunia, sekali gus mengiktiraf peningkatan kuasa Asia itu di dalam ekonomi global.
Yuan, juga dikenali sebagai renminbi akan menyertai dolar Amerika Syarikat (AS), euro, yen dan pound Britain tahun hadapan di dalam kumpulan mata wang digunakan IMF sebagai aset rizab antarabangsa.
Kemasukan yuan ke dalam kumpulan mata wang itu berkuat kuasa pada 1 Oktober 2016.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde, menganggap kelautusan itu sebagai 'pencapaian penting' integrasi ekonomi China ke dalam sistem kewangan global.
“Ia juga suatu pengiktirafan kemajuan yang dicapai pihak berkuasa China beberapa tahun kebelakangan ini dalam memperbaharui sistem kewangan dan monetari China,” katanya di Washington, kelmarin.
Keputusan yang dibuat lembaga eksekutif IMF mengukuhkan lagi cita-cita China untuk menjadikan mata wangnya yang dikawal oleh kerajaan, mencapai status global sebagai satu daripada mata wang utama dunia bersama AS, Eropah dan Jepun.
China yang juga ekonomi kedua terbesar dunia tahun lalu meminta supaya yuan dimasukkan ke dalam kumpulan Hak Pengeluaran Khas (SDR) IMF.
Namun, meskipun mata wang itu sudah pun memenuhi kriteria SDR kerana digunakan secara meluas, IMF pada Ogos lalu menganggap yuan terlalu dikawal dengan ketat untuk layak.
Begitupun, pakar IMF awal bulan lalu berkata Beijing sudah mengambil beberapa langkah diperlukan bagi yuan 'boleh digunakan secara bebas'. Ia kemudian merintis jalan bagi keputusan yang dibuat, kelmarin.
Bantu buka pasaran
Lagarde berkata, kemasukan yuan ke dalam kumpulan mata wang elit dijangka membantu China untuk terus membuka pasarannya kepada ekonomi dunia.
“Kesinambungan dan pengukuhan usaha seperti ini akan menjadikan sistem monetari dan kewangan antarabangsa lebih kukuh, sekali gus turut menyokong pertumbuhan dan kestabilan China serta ekonomi global," katanya.
Tindakan di luar jangkaan China mengurangkan nilai yuan Ogos lalu mendapat penilaian tinggi daripada IMF kerana ia memperluaskan pergerakan mata wang itu berasaskan kuasa pasaran.
Beijing minggu lalu turut mengumumkan sekumpulan bank pusat asing dibenarkan untuk memasuki pasaran mata wang China. Tindakan itu akan terus mempromosikan usaha mengantarabangsakan yuan di dalam dagangan global.
Ahli IMF boleh menggunakan kumpulan SDR bagi mendapatkan mata wang yang memenuhi keperluan imbangan pembayaran.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment