Emas melonjak hampir satu peratus semalam, meneruskan kenaikan sedikit di atas paras terendah enam tahun apabila dolar menurun daripada paras tertinggi beberapa bulan.
Spot emas meningkat untuk mencatat paras tertinggi sesi dagangan pada AS$1,074.34 satu aun, sebelum menurun sedikit untuk didagangkan pada paras kenaikan 0.7 peratus daripada sesi dagangan sebelumnya pada AS$1,071.60 pada 0643 GMT.
Logam itu meningkat 0.5 peratus pada Isnin. Dolar merosot berbanding sekumpulan mata wang selepas mencecah paras tertinggi dalam lapan bulan pada sesi sebelumnya.
Spekulator mencatatkan rekod pembelian singkat dalam niaga hadapan emas COMEX kerana meningkatnya spekulasi kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) tetapi senario itu boleh membantu harga emas dalam tempoh terdekat.
“Emas mempunyai potensi untuk mencatatkan harga yang lebih tinggi ekoran senario itu, terutama jika permintaan daripada pasaran sedang membangun kekal kukuh.
“Namun, pengaruh utama terhadap harga emas minggu ini ialah mesyuarat Bank Pusat Eropah pada Khamis dan laporan senarai gaji bukan ladang AS pada Jumat,” kata penganalisis HSBC, James Steel.
Peniaga MKS Group, James Gardiner, berkata jika harga boleh bertahan di atas tahap rintangan AS$1,070, lebih banyak keuntungan yang dapat dilihat.
Keuntungan yang dicatat emas sejak dua hari lalu telah membawanya jauh daripada AS$1,052.46 satu aun, harga terendah sejak Februari 2010 yang dicatat oleh logam itu.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment