Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN ONLINE : 2 Tipu Pelaburan Dalam Internet Ditahan



Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian dan barangan import eksport selepas menahan dua lelaki serta merampas wang tunai berjumlah RM2.7 juta di sekitar sini, kelmarin. 

Suspek berusia 34 dan 57 tahun ditahan di tempat letak kenderaan di pusat beli-belah di sini, pada jam 1.15 pagi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berdasarkan laporan mangsa dan risikan.

Selepas siasatan ke atas suspek, polis menyerbu sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini, dan polis menemui wang tunai RM2.7 juta dalam dua beg serta merampas sebuah Toyota Vellfire.

Sumber memberitahu, sebelum itu seorang pembantu kewangan warga China membuat laporan polis kerana mengalami kerugian RM7.5 juta selepas terpedaya dengan tipu helah sindiket berkenaan.

Berdasarkan laporan mangsa, suspek memperdaya mangsa pada tahun lalu apabila mencadangkan projek urus niaga import eksport barangan dari China dan pelaburan dalam talian dengan memberi jaminan keuntungan jutaan ringgit.

Mangsa berada di China  
Mangsa yang ketika itu berada di China, terpedaya dengan projek berkenaan dan mula membuat bayaran RM500,000 menggunakan bank draf.  

Selepas itu, mangsa membuat keputusan untuk berjumpa suspek di sini. Pada pertemuan itu, suspek membawa mangsa ke syarikatnya untuk meyakinkan mangsa.  

“Mangsa kemudian pulang semula ke negaranya dan menyerahkan RM7 juta menerusi perkhidmatan penggurup wang di China. Mangsa hanya sedar ditipu selepas dua suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi," katanya.  

Sumber berkata, pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pasport dan nombor telefon palsu bagi mengaburi kegiatan mereka, malah alamat suspek yang digunakan juga tidak wujud.

Sumber : Berita Harian (01 Disember 2015)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment