Zurich: Sejenis bentuk baharu emas berjaya dicipta dan ia lebih ringan daripada udara. Objek baharu itu dalam bentuk span dan ia mempunyai berat beribu-ribu kali lebih ringan daripada emas yang dilombong.
Ciptaan baharu itu adalah logam paling ringan pernah dihasilkan menerusi kaedah nanoteknologi. Span emas itu kelihatan seolah-olah seperti ketulan emas. Ia mempunyai sinar metalik dan mempunyai kepadatan 20 karat.
Ia dihasilkan oleh sebuah universiti kejuruteraan, Institut Teknologi Persekutuan Switzerland (ETH), di sini dan penemuan itu dilaporkan dalam jurnal Advanced Materials.
Walaupun ia kelihatan seperti ketulan emas, span emas amat ringan sehingga ia boleh terapung di atas susu dalam secawan susu cappucino. Jika dipegang, ia mudah berubah bentuk.
Bertindak seperti gel
Span emas adalah susunan emas halus tiga dimensi (3D) dan amat ringan kerana strukturnya yang berlubang mengandungi udara dan bertindak seperti gel udara.
Gel udara atau aerogel adalah bahan sintetik mempunyai lubang, seperti gel dalam bentuk cecair tetapi cecair digantikan dengan udara. Hasilnya, produk itu beribu- ribu kali lebih ringan daripada logam emas biasa.
Keadaan itu menyebabkan span emas lebih ringan daripada air dan hampir ringan seperti udara. Nisbah bahan span emas adalah 98 bahagian udara dan dua bahagian emas.
Gentian direndam
Objek itu dibuat dengan menggunakan teknik pemanasan protien susu yang menghasilkan gentian protein amat halus berukuran manometer.
Gentian ini kemudian direndam dalam larutan garam emas dan menghasilkan satu struktur emas yang membentuk kristal dalam zarah kecil, seperti rangkaian gentian emas seakan-akan gel.
Teknologi baharu itu mungkin digunakan dalam katalis, pengesan, jam dan barang kemas. Berikutan zarah saiz nano span emas, kumpulan kajian itu juga boleh menukar warna emas kepada warna merah gelap.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment